Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat penghulu segala hari..
Hari ni terdetik untuk share pengalaman sepanjang waktu berpantang selepas melahirkan dua orang puteri comel beberapa tahun lepas.. Dah agak lama tapi rasa mcm barulagi.. =)
Pengalaman pertama lebih kepada menjaga pantang makan kerana melahirkan kakak Aina secara 'emergency ceasar' 3 tahun lalu. Urut-urut dan berbengkung tidak digalakkan, namun bersyukur dalam tempoh beberapa minggu sahaja perut dah kempis dan badan kembali langsing seperti sediakala.Walaupun agak rumit namun bagi mama bersalin normal (yg ada bleeding after deliver) lagi lambat untuk recover compare bersalin ceasar. Dalam tempoh 2 minggu badan sudah mula rasa segar dan bertenaga. Jahitan di bawah perut juga walaupun agak panjang namun elok dan tiada rasa sakit.
Sepanjang tempoh berpantang, mama amalkan ubat akar-kayu dan mengambil set bersalin dari bidan kampung (mak su Joyah) selain ubat dari hospital. Dalam set bersalin terkandung jamu belut, jamu secotek mas, air gamat, akar kayu 'spe kedere' dan manjakani (untuk direbus dan minum) dan minyak sarat (untuk baby).
Mama juga amalkan memakan ikan haruan setiap hari sebagai menu utama samada dimasak sup atau dibakar dengan kunyit dan garam. Untuk sup, banyakkkan bawang putih dan halia bagi melancarkan pembuangan angin dalam badan, rasa pun sedap. Pernah juga 1-2 kali dijamu dengan sup belut. =)
Selain dari ikan haruan yg dimasak, mama juga pernah 2 kali makan anak ikan haruan yang masih merah hidup-hidup.. Umi (mak mertua) yang cari anak ikan haruan tu kat pasar Pasir Mas. Mula-mula tgk anak ikan tu berenang-renang dalam cawan, memang geli dan tak sampai hati nak telan. Tapi sebab umi yang beria pergi cari, xkan nak buang pula. Akhirnya mama izinkan jua anak-anak ikan haruan yang comel itu berenang-renang dalam anak tekak dan perut mama.
Kita stop kat sini dlu la.. rasa loya pula bila cerita pasal anak ikan haruan tu.. heheh.. Next entry Pengalaman berpantang #2 mama sambung lagi ya!!
Salam sayang mama untuk anak-anak dan pembaca yang budiman.. LOVE!!

Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah.Firts time telan cuma dlm 5-6 ekor jer, dan laju je anak2 ikan tu berenang ke dalam perut. Kali kedua pula, mama tanpa melihat dalam cawan bilangan anak ikan yang disaji, terus meneguk anak ikan tersebut dengan lajunya. MashaAllah entah berapa puluhan ekor anak ikan berkumpul di anak tekak sampai tersumbat dan terbahak-bahak batuk, terus mama muntahkan semua anak ikan tersebut ke sinki. Saat tu senaknye perut dan sakitnye luka jahitan bersalin hanya ALLAH yang tahu. Macam tempat jahit tu nak terbuka jer rasa. Patut la orang-orang tua marah sgt dalam pantang jangan kuat sgt ketawa, batuk-batuk pun xboleh, ini dah sampai tahap terbahak-bahak. Lepas pada tu, mama dah serik untuk menikmati hidangan anak ikan haruan lagi. Cukup cukup sudah.. Biarlah sebanyak mana sekali pun khasiatnya. Cukuplah dengan ikan haruan yang dimasak, bukan ditelan hidup-hidup.. :(

Ulasan