Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Berpantang #1

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat penghulu segala hari..

Hari ni terdetik untuk share pengalaman sepanjang waktu berpantang selepas melahirkan dua orang puteri comel beberapa tahun lepas.. Dah agak lama tapi rasa mcm barulagi.. =)

Pengalaman pertama lebih kepada menjaga pantang makan kerana melahirkan kakak Aina secara 'emergency ceasar' 3 tahun lalu. Urut-urut dan berbengkung tidak digalakkan, namun bersyukur dalam tempoh beberapa minggu sahaja perut dah kempis dan badan kembali langsing seperti sediakala.Walaupun agak rumit namun bagi mama bersalin normal (yg ada bleeding after deliver) lagi lambat untuk recover compare bersalin ceasar. Dalam tempoh 2 minggu badan sudah mula rasa segar dan bertenaga. Jahitan di bawah perut juga walaupun agak panjang namun elok dan tiada rasa sakit.

Sepanjang tempoh berpantang, mama amalkan ubat akar-kayu dan mengambil set bersalin dari bidan kampung (mak su Joyah) selain ubat dari hospital. Dalam set bersalin terkandung jamu belut, jamu secotek mas, air gamat, akar kayu 'spe kedere' dan manjakani (untuk direbus dan minum) dan minyak sarat (untuk baby).

Mama juga amalkan memakan ikan haruan setiap hari sebagai menu utama samada dimasak sup atau dibakar dengan kunyit dan garam. Untuk sup, banyakkkan bawang putih dan halia bagi melancarkan pembuangan angin dalam badan, rasa pun sedap. Pernah juga 1-2 kali dijamu dengan sup belut. =)

Selain dari ikan haruan yg dimasak, mama juga pernah 2 kali makan anak ikan haruan yang masih merah hidup-hidup.. Umi (mak mertua) yang cari anak ikan haruan tu kat pasar Pasir Mas. Mula-mula tgk anak ikan tu berenang-renang dalam cawan, memang geli dan tak sampai hati nak telan. Tapi sebab umi yang beria pergi cari, xkan nak buang pula. Akhirnya mama izinkan jua anak-anak ikan haruan yang comel itu berenang-renang dalam anak tekak dan perut mama.
Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah.
Firts time telan cuma dlm 5-6 ekor jer, dan laju je anak2 ikan tu berenang ke dalam perut. Kali kedua pula, mama tanpa melihat dalam cawan bilangan anak ikan yang disaji, terus meneguk anak ikan tersebut dengan lajunya. MashaAllah entah berapa puluhan ekor anak ikan berkumpul di anak tekak sampai tersumbat dan terbahak-bahak batuk, terus mama muntahkan semua anak ikan tersebut ke sinki. Saat tu senaknye perut dan sakitnye luka jahitan bersalin hanya ALLAH yang tahu. Macam tempat jahit tu nak terbuka jer rasa. Patut la orang-orang tua marah sgt dalam pantang jangan kuat sgt ketawa, batuk-batuk pun xboleh, ini dah sampai tahap terbahak-bahak. Lepas pada tu, mama dah serik untuk menikmati hidangan anak ikan haruan lagi. Cukup cukup sudah.. Biarlah sebanyak mana sekali pun khasiatnya. Cukuplah dengan ikan haruan yang dimasak, bukan ditelan hidup-hidup.. :(

Kita stop kat sini dlu la.. rasa loya pula bila cerita pasal anak ikan haruan tu.. heheh.. Next entry Pengalaman berpantang #2 mama sambung lagi ya!!

Salam sayang mama untuk anak-anak dan pembaca yang budiman.. LOVE!!


Ulasan

FnF Simple Life berkata…
Ya Allah sakitnya batuk slps cser, apatah lg muntah...
mamaainamishanis berkata…
FnF, tq sudi melawat blog sy yang xseberapa ni.. Haah memang perit sgt pengalaman tu..namun syukur xde kesan buruk pada parut luka..serik sgt makan anak ikan hidup-hidup.. =)

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka