Langkau ke kandungan utama

Hari ini dalam sejarah...

Entry ni khas buat insan kecil kesayangan mama, NUR AINA FARISAH...

Pada tarikh hari ni, 28 Mac, tahun lepas, 2010, hari ahad...waktu tu mama ngan abah ada di kampung, umah tok ummi aina...sudah seminggu kami cuti..awalnya kami jangka akan bersalin awal..due nye 26 Mac sama tarikhnya dgn birthday tok ummi aina juga.. Tapi kuasa Allah tu maha Besar, secanggih mana pun teknologi, sepandai mana pun manusia, kita hanya mampu merancang.. Allah maha berkuasa tentukan segalanya..

Tarikh yang sama juga, mama ngan abah ditawarkan untuk ambil peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat di UiTM Puncak Alam.. Tapi oleh sebab keadaan mama yang sarat, dan tidak mengizinkan, mama tolak.. Abah pula, mama galakkan dia pergi, tp abah juga xsanggup tinggalkan mama dan biarkan mama bersalin tanpanya disisi.. Besar sungguh pengorbanan abah.. Pada kami, rezeki dalam kandungan ini lebih penting dari segalanya, tambahan pula anak pertama.. Rezeki anak itu tak ternilai harganya dari pangkat dan wang ringgit nak... Rezeki yang ada ini juga sudah lebih dari cukup... Rezeki Allah maha luas.. Biar kurang duit asal kaya budi bahasa.. panjang pula mama berceloteh..sambung balik cerita tdi yee..

Pagi tu, mcm biasa mama bangun solat subuh..dan keluar ke dapur untuk minum anmum dan biskut..org lain tgh sibuk2 nak keluar pergi kerja..tok ummi paling lambat keluar sbb sekolah nya dekat je..tgh mama minum susu sambil tgk MHI, mama mula rasa kurg selesa dan semacam ada keluar sesuatu..mama ke toilet dan nampak tompok2 darah..mula risau, mama bgtau abah dan mula bersiap untuk ke Hospital..Hari sebelumnya, juga sudah ada tanda-tanda nak bersalin, tp xbyk..turun air ketuban sikit-sikit dlm 3 kali kalu xsilap..tp tok umi ckp belum lg..biasa kalu pecah air ketuban, byk smpi lencun kain batik..so mama wat xtau je la..

Pukul 8 pagi, kami turun dari rumah dan singgah di Klinik Meranti yg dekat dgn rumah. Mama ambil giliran dan tunggu dengan sabar.. Hampir setengah jam, org makin ramai, dan giliran pula sangat perlahan,mcm xbergerak.. abah decide untuk bawa terus ke Pusar Rawatan Islam AN-Nisa..Kami pun keluar dari klinik tu tanpa berjumpa doktor dan terus ke AN-NIsa...

Lebih kurg pukul 11 kami sampi..nasib baik xramai org, kalu xsilap ada 1-2 org je time tu.. tak lama menunggu, doc panggil.. Mama ceritakan pada doctor tu tanda2 kat atas tdi.. Doctor tu check dan bgtau mmg ketuban mama da pecah sikit dan bahaya jika dibiarkan lebih dari 24 jam dibimbangi terkena jangkitan.. Ikutkan memang da lebih 24 jam, tapi alhamdulillah xde ape2.. Doktor terus check dan rahim mama belum terbuka lagi..tp sbb takut kena infection, doctor sarankan untuk 'induce'..mama terus masuk wad..abah pilih untuk masuk wad kasih, tp sbb xde yg kosong, so nurse kat situ letak mama di wad biasa dlu sementara tunggu patient yg lama keluar lebih kurg pukul 1..
mama berbaju-t berkain batik..time ni sakit xkuat lg, boleh bersimpuh bagai lg..;)
Awalnya, mama diberi ubat induce yang pertama lebih kurang dlm pukul 12.00 tengahari..seingt mama, pil kecik tu dibelah empat, dan nurse suruh mama telan..nurse pun da warning, ubat ni even kecik tp sgt power..mama dgr sje dan xpaham kuat mcmana sehingga la perut mula rasa memulas.. mcm nak membuang tp xberapa kuat sgt..dlm pukul 4 doctor dtg untuk cek bukaan lagi..time tu mama dah dipindahkan ke bilik Wad Kasih..Tp hasilnya cuma 1cm.. Doctor tambah dos ubat induce lagi..tp kali ni ubat tu dimasukkan melalui 'tempat bawah' tu...
abah relax lagi tgk TV..empuk je sofa tu, tdo pun sedap..;)

 Sambungan seterusnya smbung esok pula ye..mama nak pam susu skejap..;)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...