Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tip Jaga Anak Perempuan

1. Ajar anak solat. Ini asas dan tiang didikan anak-anak. 2. Peluk anak setiap hari, mudahnya nak cas aura positif. Biar anak tahu anda sayang dia. 3. Marah pun, kena penuh dengan kasih sayang. Tiap kali dia buat salah, nyatakan kenapa anda marah. 4. Mak Ayah kena rajin puji anak. Ini satu jalan untuk tanam sikap confident dalam diri anak. 5. Utamakan anak, tiap kali anak panggil atau tanya, jawab. 6. Jangan sesekali maki anak sendiri atau panggil dengan panggilan buruk. 7. Dengar bila anak sedang bercerita. 8. Kadang nak pabik dan takut. Waktu ini, tolonglah tenangkan anak dengan penuh kasih sayang. 8. Andai anak bergaduh, leraikan dengan cara yang lembut. Jangan guna cara kasar seperti tengking anak! 9. Jangan rotan anak dari lutut ke atas. Ini boleh menyebabkan anak jadi degil dan melawan. 10. Tinggalkan kerja di pejabat. Fokus layan karenah anak. 11. Hargailah permainan anak, mak ayah boleh duduk bersama sambil bermain dengan anak. 12. Terima anak seadanya,

Kalau Ada Anak Perempuan Ramai...

Assalamualaikum...suka mama nak share artikal ni yang dipetik dari majalah mingguan wanita.. Khusus untuk mama dan rakan-rakan mama kat luar tu yang ada anak perempuan berderet macam mama k.. Alhamdulillah syukur pada rezeki anak-anak yang Allah beri.. Jom kita baca a ********************************************************************************* "Hamil anak perempuan lagi? Bila pula peluang nak dapat anak lelaki? Malang ke kalau dapat anak perempuan 3 orang berturut-turut? Dan macam mana penerimaan suami nanti?" Itulah soalan-soalan yang selalu menyerang bila mak-mak beranak anak perempuan berturut-turut. Ibu, jangan risau dengan situasi ini. Sebenarnya anda cukup bertuah punya anak perempuan yang ramai. Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barang siapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak

Taska vs Pengasuh

Bismillahhirrahmanirrahim.... Assalamualaikum semua.. Lama sangat tak jenguk blog kesayangan mama nih.. Ada masa terluang mama curi-curi juga untuk update blog ni. Bizi tu memang la kan tambah-tambah bila duk kat rumah. Nak masak lagi, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, layan anak-anak lagi.. Duk kat office pun asyik ingat kerja umah yang tak pernah habis2 tu...hard core sekali lipat kain baju dengan kemas dapur lah... InsyaAllah satu masa nanti andai dipanjangkan umur hingga waktu senja, pasti mama akan rindu moment2 indah membesarkan puteri2 mama ni... :) Berbalik pada topik atas tu, actually start 1 November haritu, mama dah tukarkan baby dengan kakak aisha ke pengasuh baru dekat rumah kami.. Depan rumah je ok.. Jalan dlm 20 langkah dah sampai. Alhamdulillah syukur sangat2.. Dah berbulan-bulan mama duk xsedap hati hantar baby ke taska lama.. Walaupun owner taska tu dah rapat dah kenal lama dengan mama, tapi taska cawangan baru ni jauh beza dgn servis taska lama tempat kakak a

Mak anak Empat

Alahai dah empat orang anak macam xpercaya pulak.. Sekali sekala rasa nak puji diri sendiri tak salah kan..walaupun tidak la berapa rajin sangat..bukan hari2 pun tapi entry ni harapnya dapat menaikkan semangat dan motivasi mak anak empat ni untuk rajin masak hari-hari.. :) Semalam dan harini, setelah hampir 3 minggu mula masuk pejabat selepas bersalin, macam terajin pula bangun awal masak nasi untuk bekal tengahari. semalam sempat masak gulai ayam, harini pula buat mee goreng.. Abah macam biasa buatkan breakfast untuk kami mama dan anak2 roti sandwish atau roti kaya.. Tq syg..  Sebab abah rajin la mama terpaksa rajin juga, tercabar tauuu...berebut-rebut nak masak pagi2.hehe..walaupun anak berderet, sempat mandikan anak2 (aisha pun hari2 mandi pagi sekali dgn kakak2 start mama masuk kje ni), siapkan bag anak, gosok baju sekolah, baju kerja, tudung, pakaikan baju anak2, pam susu untuk bekal baby, masak breakfast, bawa bekal lagi utk makan tengahari kami anak beranak... Bila

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospital

Teknik Kurangkan Sakit Bersalin

Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan tanpa bantuan ubat. . Berkedudukan tegak Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu. . Duduk ke hadapan Duduk ke hadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan. . Melutut ke hadapan Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan selesa mungkin. . Posisi merangkak Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan lengkungkan badan. . Meniup Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut 'huf..huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi

Minggu pertama persekolahan

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah seminggu sesi sekolah tadika anak-anak dah berlalu. Masam manis pengalaman pertama hantar anak ke-dua kami, Aimi ke tadika yang agak mencabar berjaya dilalui. Melayan kerenah berlainan hari-hari, hari pertama, di rumah ok, kat sekolah tak ok. Hari kedua dari rumah lagi tak ok, meragam pagi2 dah tak nak pergi sekolah baru, nak balik duk taska lama dengan pengasuh lama, Hari ke-dua paling susah, dah smpi sekolah alhamdulillah ok, masih masuk tumpang kelas kakak. Berselang seli, hari ke-3, ok mama pujuk pakaikan lipstik color pink dan puji banyak2 cakap cantik-cantik, pkai lipstik pkai tudung, alhamdulillah settle..dan sampailah ke hari Jumaat, Alhamdulillah cukup seminggu yang menguji kesabaran kami sebagai ibu dan bapa. Tips berguna yang mama dapat untuk minggu pertama, untuk elakkan aimi meragam pagi-pagi, sebelum kejut, mama kena siapkan susu dan time nak bangunkan dia, mama bagi siap2 dia minum susu dulu, Alhamdulillah lepas minum susu, Aimi se