Langkau ke kandungan utama

Minggu pertama persekolahan

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah seminggu sesi sekolah tadika anak-anak dah berlalu. Masam manis pengalaman pertama hantar anak ke-dua kami, Aimi ke tadika yang agak mencabar berjaya dilalui. Melayan kerenah berlainan hari-hari, hari pertama, di rumah ok, kat sekolah tak ok. Hari kedua dari rumah lagi tak ok, meragam pagi2 dah tak nak pergi sekolah baru, nak balik duk taska lama dengan pengasuh lama, Hari ke-dua paling susah, dah smpi sekolah alhamdulillah ok, masih masuk tumpang kelas kakak. Berselang seli, hari ke-3, ok mama pujuk pakaikan lipstik color pink dan puji banyak2 cakap cantik-cantik, pkai lipstik pkai tudung, alhamdulillah settle..dan sampailah ke hari Jumaat, Alhamdulillah cukup seminggu yang menguji kesabaran kami sebagai ibu dan bapa. Tips berguna yang mama dapat untuk minggu pertama, untuk elakkan aimi meragam pagi-pagi, sebelum kejut, mama kena siapkan susu dan time nak bangunkan dia, mama bagi siap2 dia minum susu dulu, Alhamdulillah lepas minum susu, Aimi sedikit tenang dan senang diuruskan untuk ke sekolah.

Minggu ni hari isnin pertama, Alhamdulillah, mama lebih teratur dan terurus walau agak lewat juga turun rumah pagi tdi (mcm biasa), namun sempat juga smpi ke offfice (preggy mom ni pecut tak hingat smpi 130km/h) nak kejar nak mngelak punch kad merah..

Rutin pagi tadi, untuk rujukan ibu-ibu muda macam mama boleh kita kongsi-kongsi:

Bangun paling lewat pukul 5.30, kalau bangun awal pukul 5, sempat la mama buat heavy breakfast, nasi/mee/kuew tiew goreng. tadi dah sedar jam bunyi pukul 5, tapi sebab tak larat, smlm xlena tidur cuaca panas sgt, dan aisha pun meragam bangun tgh2 malam, mama rehat lagi sampai jam 5.30. Bangun2 terus panaskan air, keluarkan sosej, kemas2 dapur (semalam xhabis cuci pinggan mangkuk sebab buat kek coklat). Sambil-sambil panggang sosej dan buat telur dadar (fav kakak makan dengan roti) mama sediakan susu aimi dan siapkan bekal susu Aisha. Dah siap sediakan breakfast dan air teh 'o' panas, mama siapkan bag baju Aisha, kejutkan kakak dan mandikan Aimi. Dah siap mandi, pakaikan baju sekolah, mama serahkan kat Abah pula anak-anak sementara mama solat dan siapkan diri sendiri. Abah dah siap awal-awal lagi, dah tolong jemur kain baju anak-anak, dan temankan makan sarapan pagi dengan anak-anak (mama biasa tapau dan makan dlm kereta sambil drive sebab lambat siap hehe).

Lebih kurang 7.20- 7.25 mama bergerak dari rumah untuk hantar Aisha ke taska dlm 20 minit, dan terus ke pejabat mama juga lebih kurang 20 minit. Plan awal dulu, mama hantarkan kakak dan aimi sekali, sebab abah susah nak bawa mereka berdua naik motor dengan bag troli sorg2 yang besar tu. Oleh sebab mama selalu siap lambat, dan Aisha yang dah pandai bangun awal sejak dua menjak ni, dan bila smpi sekolah kakak, dia pun mengamuk nak duk sekolah tu juga, terpaksa la abah hantar juga.

Alhamdulillah walaupun nampak kelam kabut, dan masih dalam proses belajar menguruskan rumahtangga dan anak-anak, hati kami terubat dengan keletah dan kerenah mereka bertiga.. Tiada daya upaya kami melainkan dengan izin Allah s.w.t yang melimpahkan rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga.. Cabaran membesarkan tiga orang anak perempuan dan akan datang bertambah lagi seorang. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga dan semua rakan-rakan pembaca.

*sebenarnya kami yang banyak belajar erti hidup, sabar, redha dan bahagia dari anak-anak syurga ini. Sebelum mendidik mereka, kami yang terlebih dahulu perlu mendidik iman kami, lebih-lebih lagi belajar menjadi seorang yang sabar, berakhlak mulia dan taat perintah Allah. Bagaimana nak mendidik anak jika kami sendiri masih lalai, masih alpa untuk menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Jom muhasabah diri bersama. Nak anak baik, taat perintah agama, berakhlak mulia, kita yang harus mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Jangan suruh anak buat baik, tapi kitalah yang harus mulakan berbuat baik. Rajin ringankan mulut untuk ucapkan terima kasih dan mohon maaf pada anak bila kita berbuat silap, dan anak berbuat baik.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...