Langkau ke kandungan utama

Taska vs Pengasuh

Bismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua.. Lama sangat tak jenguk blog kesayangan mama nih.. Ada masa terluang mama curi-curi juga untuk update blog ni. Bizi tu memang la kan tambah-tambah bila duk kat rumah. Nak masak lagi, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, layan anak-anak lagi.. Duk kat office pun asyik ingat kerja umah yang tak pernah habis2 tu...hard core sekali lipat kain baju dengan kemas dapur lah... InsyaAllah satu masa nanti andai dipanjangkan umur hingga waktu senja, pasti mama akan rindu moment2 indah membesarkan puteri2 mama ni... :)

Berbalik pada topik atas tu, actually start 1 November haritu, mama dah tukarkan baby dengan kakak aisha ke pengasuh baru dekat rumah kami.. Depan rumah je ok.. Jalan dlm 20 langkah dah sampai. Alhamdulillah syukur sangat2.. Dah berbulan-bulan mama duk xsedap hati hantar baby ke taska lama.. Walaupun owner taska tu dah rapat dah kenal lama dengan mama, tapi taska cawangan baru ni jauh beza dgn servis taska lama tempat kakak aina dengan aimi tinggal dlu.. Alhamdulillah pengasuh baik-baik tapi ada beberapa perkara yang mama tak suka yang buat mama rasa bersalah kat baby dengan aisha bila hantar dua beradik tu kat sana.. Maaf mama xleh cerita kat sini..membuka aib pula.. Mama hanya doakan semoga perkara yang mama tak suka tu diperbaiki di masa akan datang.. Terima kasih teacher ayu dan teacher sue yang jaga baby dan aisha selama 7 bulan bermula bulan Mac hingga oktober 2016 ni. InsyaAllah mama akan sentiasa doakan yang baik-baik untuk kalian berdua. 

Cerita macam mana mama boleh pindahkan anak ke pengasuh depan rumah... Allahhuakbar.. Mama mampu merancang Allah tentukan semua.. Dah banyak bulan mama duk berkira2 nak tanya dalam group whatsapp muslimah taman rumah kami tu, tp x tertanya lagi.. Nak jadi cerita pada 31hb hari isnin tu mama mula tanya dalam group ada tak jiran2 dalam taman tu yang nak mengasuh baby dgn aisha.. mama spontan tanya time tu sebab hari selasa 1hb tu ada mesyuarat di Shah Alam, tapi taska baby jauh dekat puncak alam, duk congak-congak kalau mama pergi hantar baby dulu pastu patak balik mau dekat 1 jam lebih baru smpi shah alam...jauh, minyak dan penat lagi.. alhamdulilllah ada sorang kakak jiran pengasuh sekarang yang mesej dan beri no contact pengasuh tu.. Cepat2 mama call tanya jika dia minat nak jaga anak2 mama ni.. Mula2 dia macam berat juga, tak berani sebab dah jaga 2 org budak, sorg sebaya baby dan sorg lagi dah setahun lebih.. Mama cuba slow talk dan pujuk dia dan dia suruh mama singgah untuk tgk baby dgn aisha petang tu.

Pukul 5 petang, balik kerja, mama terus singgah rumah akak tu, bawa baby dgn aisha.. Alhamdulilah dia terima. Maka pada 1 November bermulalah rutin baru mama hantar baby dengan aisha rumah pengasuh.. 

Dulu-dulu mama dengan abah ralat sangat nak hantar anak-anak ke pengasuh sebab susah nak percaya kat orang.. Kami lebih prefer taska yang berdaftar.. Tapi alhamdulillah setakat ni dah seminggu baby kat sana, Alhamdulillah baby ngan aisha behave, aisha pun happy je, senang sgt nak urus dia, hari 1st pun dia langsung tak nangis, jalan masuk dlm rumah pengasuh langsung tak jenguk apatah lagi nak salam mama...mama je pulak yang emosi lebih...hahahah.. Alhamdulilah syukur sangat-sangat...akak pengasuh tu pun nampak cermat, pembersih dan kemas.. Alhamdulillah semoga hal-hal positif ni kekal sampai bila-bila..

Selingan skit...Kakak dengan aimi dapat basikal baru..dah lama mama duk berjanji nak beli basikal baru.. Dapat beli ni rasa sebakul bebanan atas kepala mama dah lepas...berjanji dengan anak-anak  ni selagi tak buat rasa bersalah tu semacam je..kalau langsung tak buat nanti anak cakap kita tipu.. bila dah janji dorang ingat sampai bila-bila tau.. so pengajarannya kalau rasa tak boleh buat jangan berjanji ok.. :)

Dekat sebulan juga servey kedai basikal ni, last2 kawan office mama recommend suruh pergi kedai dekat sungai buluh ni..dekat dgn econsave sungai buluh.. Memang banyak sangat pilihan, nak jenis apa nak tambah apa cakap jer, semua ada tinggal sedia duit je..bayar pakai debit kad, ke kad kredit pun boleh.. kebetulan pulak mama tak ingat keluarkan duit, nasib baik boleh guna kad debit.. Paling suka sebab pekerja kedai ni jenis melayan, dan senang tawar menawar.. owner dia cina, tapi pekerja kebanyakannya melayu..

Abah dari awal lagi suruh pilih yang besar terus untuk kakak size 20" nanti boleh pakai lama, lagipun anak2 mama ni memang cepat tinggi.. Aimi pula ambil size 16" kot.. ngam2 je kaki sampai ke tanah, seat aras bawah skali.. Happy betul dua beradik tu.. Petang2 balik skeolah memang tak lekat kat rumah la, balik terus salin baju main basikal.. :)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...