Langkau ke kandungan utama

Catatan

Telekung budak murah

Assalamualaikum semua... Ada ibu-ibu mommy-mommy yang masih mencari-cari telekung untuk anak yg murah dan selesa? Telekung budak berwarna untuk anak-anak comel anda. Sesuai dari 3-7 tahun. Material lycra yang sejuk dan selesa. Hanya RM 35. COD sekitar Meru, Shah Alam dan Puncak Alam. PROMOSI Belian 2 pasang keatas anda layak untuk mendapat FREE POSTAGE. Berminat? Whatsapp 0192185668.. Available color : Pink  Dark Purple Dark Brown Peach Dusty Pink (sold)

Cameron Highland part -2

Day 2:  24 Ogos 2015 Subuh di Cameron tersangatlah sejuk. Water heater di hotel plak buat hal, panas skejap je, lepas tu sejuk, tekejut mama nak mandi smpi menggigil kena air..huhu..tunggu2 air panas tp xpanas juga, mama salah setting ke apa, smlm ok jer. last2 mama jerang air dlm kettle letrik jer, campur dgn air paip. Lepas solat subuh, abah keluar dengan kakak je cari sarapan bungkus, nak tunggu aisha dgn aimi bangun dan siapkan dorang plak mau sejam jgk. Rugi masa, mama pun xlarat sgt nak bejalan, simpan tenaga nak jalan-jalan kejap lagi dekat Bee Farmn dengan taman Rama-rama plak..heheh LEbih kurg pukul 9 pagi, kami siap dan bergerak ke point seterusnya, Bee Farm. Awal sangat hanya kami berlima je pelawat pagi tu.

Bulan madu with kids - part 1

Cameron Highland Day 1  : 23 ogos 2015 Bertolak dari rumah jam 7 pagi. 4.30 mama bangun siapkan bekal. Makaroni spiral goreng, nasi lemak, nugget goreng dgn sosej. 10.30 selamat tiba di lata iskankar, singgah piknik dan mkn bekal kat sana. Gambar ni awalnya kakak yang offer nak ambik gmbr mama dgn abah dia, kami xperasan ada minah saleh (cantik sgt) duk tgk kami bergambar, then masa kakak nak ambik gmbr, dia offer nak tolong ambilkan gambr kami 1 family. Sukanya hati tak terkira, dalam hati duk puji baiknya dorg kan.. ni kali ke-2 seingat mama, mat salleh dtg offer nak tolong ambilkan gambar.  :) Lepas makan dan bergambar, kami truskan perjalanan ke Cameron Highland. Sebelum sampai di tanah rata, sempat berhenti di gerai tepi jalan dekat Bharat Cafe untuk minum teh tarik fresh dlu, tempat fav kami bila datang ke Cameron ni. Mama dgn kakak je minum tea panas tu, abah dah full katanya.. Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 12.00 tghari, masih awal

Raya 2015

Bismillah.. Alhamdulillah syukur tahun ke-7 beraya sebagai seorang isteri dan menantu, dan tahun ke-6 beraya setelah bergelar seorang IBU. Syukur sangat-sangat. Terkadang rindu juga kenangan beraya zaman budak-budak, beraya dengan Mek, arwah ayah Chik, adik beradik, kenangan beraya di rumah belakang Masjid Tumpat, Hari pertama raya meriah sangat sebab boleh tengok orang ramai berduyun-duyun lalu depan rumah nak pergi solat sunat hari raya di Masjid.  Best sgt.. Sekarang pula anak dah 3 ni, sibuk pula uruskan kelengkapan dan siapkan anak2 di hari raya. Alhadulillah dapat suami yang ringan tulang, rajin tolong mama, mana yang mama tak sempat abah tolong buatkan. Tiap-tiap tahun bila time raya, agenda dan aktiviti tetap sama, kunjung mengunjung dan ziarah sanak saudara. Kami berdua dilahirkan dalam keluarga yang agak besar, mak sedara pun ramai, mak sepupu, tambah2 membesar dengan datuk saudara, memang banyak rumah yang nak kena pergi beraya. Belah abah pun sama, mak sedara, tok sed

Lagi.....

ALHAMDULILLAH... SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA.. \(,")/ *Setiap kali Ramadhan sejak kawin, tahun ke -7 berpeluang berpuasa penuh.  Subhanallah Allahuakbar. Kahwin tahun 2009, mengandung, 2010 tak datang period sebab menyusu, 2011, mengandung lagi, 2012 tak period sebab menyusu, 2013 mengandung lagi, 2014 tak period juga sebab menyusu, now 2015 sambung lagi...  Ya Allah sungguh indah dan cantiknya aturanMu ya Allah.. Namun rasa diri sangat hina dan tersangat kurang dalam beramal ibadat kepadaMu walaupun diberi kelebihan itu..  Allah Allah ampunilah kami, redhailah hidup kami, permudahkanlah segala urusan kami.  Aamiin ya Rabbal al amin

:: Jodoh ::

Alhamdulillah dijodohkan dengan insan yang memahami dan dapat menerima diri ini seadanya.. Lengkap melengkapi paling utama.. Terima kasih cintaku, suamiku.. Moga syurga rumahtangga kita.. Benar, jodoh itu rahsia Allah.. Terbang jauh mencari rupanya hanya didepan mata.. Lebih 6 tahun hidup bersama, namun insiden yang mencetuskan jodoh kami kekal segar dalam ingatan.. 3 tahun kenal sebagai teman sekelas waktu diploma, 2 tahun teman sefakulti, namun tak pernah terdetik bakal hidup bersama. Allah sebaik-baik perancang yang menggerakkan dan membolak-balikkan hati.. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang kau beri, dipermudah segala urusan kami dari detik awal rancangan kami untuk berumahtangga kerana niat cuma satu, bercinta hingga syurga. Berikut sedikit perkongsian perihal jodoh yang mama suka share disini.. Untuk bacaan umum.. ********************************************************************* Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi ba

Doa untuk anak-anak

Doa kepada anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil) Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran). اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ (Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah) Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat). اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ (Allahumma barik fihi wanshur minhu) Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya. “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Alla