Pada dasarnya, hutang apa-apa pun wajib dibayar.. bayangkan orang pinjam dengan kita, lepas tu tak nak bayar balik ? apa rasa kita ? Bagi pendapat saya, sesiapa yang mengambil pinjaman PTPTN, tapi tiada niat untuk bayar balik walaupun berkemampuan, dia sebenarnya telah berlaku zalim. Kenapa? Zalim kerana tidak berlaku adil kepada orang lain yang sama-sama membuat pinjaman PTPTN, tapi orang tu boleh buat bayaran balik bulanan, tapi kita tak nak bayar hanya menggunakan alasan dikenakan cas perkhidmatan 3% / 1%(ujrah). Kalau dah mampu beli kereta, beli rumah sampai dua,tiga biji, tapi nk bayar RM100 sebulan pun payah. Adil tak kepada orang lain yang bayar balik ? Berkenaan cadangan untuk senaraikan nama peminjam PTPTN dalam CCRIS, ada pro dan kontra. Bagus jika peminjam tersebut, 1)Bekerja 2)Telah mempunyai kereta dan rumah, namun tidak pernah membuat bayaran balik PTPTN. Tidak bagus kepada peminjam yang masih lagi dalam proses untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, atau baru seta