Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan bicara, saya dan keluarga menyusun jari, mohon ampun dan maaf zahir batin buat semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali kami walau dimana saje berada. Juga tidak lupa ucapan Selamat hari Raya Aidil Fitri. Semoga hubungan persaudaraan dan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Alhamdulillah, raya tahun ni disambut dengan penuh sederhana, tiada tema pakaian sedondon. Tapi untuk anak-anak belum habis lagi pakai pakaian raya. macam terlebih shopping pula sebab kumpul awal sebelum ramadan lagi dah start beli sikit-sikit time ada sale murah-murah.. =) Malam raya last puasa keluarga mertua sponsor kami dan adik beradik yang lain berbuka puasa di Restoran Chiangmai di Kota Bharu. Raya pertama awalnya plan untuk beraya di rumah mek, tapi di cancel saat akhir sebab iftar bersama keluarga mertua ni. Terpaksa la mengalah lagi.. Nasib baik kami rumah keluarga kami jaraknye xjauh dan tidak di kawasan yang laluannya sesak teruk.