Bismillah.. Alhamdulillah syukur tahun ke-7 beraya sebagai seorang isteri dan menantu, dan tahun ke-6 beraya setelah bergelar seorang IBU. Syukur sangat-sangat. Terkadang rindu juga kenangan beraya zaman budak-budak, beraya dengan Mek, arwah ayah Chik, adik beradik, kenangan beraya di rumah belakang Masjid Tumpat, Hari pertama raya meriah sangat sebab boleh tengok orang ramai berduyun-duyun lalu depan rumah nak pergi solat sunat hari raya di Masjid. Best sgt.. Sekarang pula anak dah 3 ni, sibuk pula uruskan kelengkapan dan siapkan anak2 di hari raya. Alhadulillah dapat suami yang ringan tulang, rajin tolong mama, mana yang mama tak sempat abah tolong buatkan. Tiap-tiap tahun bila time raya, agenda dan aktiviti tetap sama, kunjung mengunjung dan ziarah sanak saudara. Kami berdua dilahirkan dalam keluarga yang agak besar, mak sedara pun ramai, mak sepupu, tambah2 membesar dengan datuk saudara, memang banyak rumah yang nak kena pergi beraya. Belah abah pun sama, mak sedara, tok...