Day 2: 24 Ogos 2015 Subuh di Cameron tersangatlah sejuk. Water heater di hotel plak buat hal, panas skejap je, lepas tu sejuk, tekejut mama nak mandi smpi menggigil kena air..huhu..tunggu2 air panas tp xpanas juga, mama salah setting ke apa, smlm ok jer. last2 mama jerang air dlm kettle letrik jer, campur dgn air paip. Lepas solat subuh, abah keluar dengan kakak je cari sarapan bungkus, nak tunggu aisha dgn aimi bangun dan siapkan dorang plak mau sejam jgk. Rugi masa, mama pun xlarat sgt nak bejalan, simpan tenaga nak jalan-jalan kejap lagi dekat Bee Farmn dengan taman Rama-rama plak..heheh LEbih kurg pukul 9 pagi, kami siap dan bergerak ke point seterusnya, Bee Farm. Awal sangat hanya kami berlima je pelawat pagi tu.