Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update adik baby, kak ngah dan kakak

Huh panjangnye tittle.. Bergelar ibu muda mengandung anak ke-3 dan menjaga 2 orang anak perempuan cukup mencabar namun sangat membahagiakan. Alhamdulillah walaupun sibuk melayan kerenah kakak dan kak ngah (skang still panggil adik lagi, next nak kena praktis panggil kak ngah dah pulak.. ), adik baby membesar dengan sihat dan normal dalam perut mama ni. Setiap hari perut mama jadi bahan experiment kakak berdua tu, konon xsabar nak tgk adik baby, di sayang di peluk dicium. Alhamdulillah nikmatnye terasa mendapat kasih syg dari anak-anak kecil ni. Masih kecil tapi kadang-kadang berlagak dan gaya macam orang dewasa. cepat sangat mereka belajar dan tiru gaya kita.. Sekarang dah hampir 7 bulan. Last week mama g check-up untuk 6 months macam biasa. Berat baby pun boleh tahan, cemerlang mcm kakak2nya jgk. hampir cecah 900g.. Another 3 months tak mustahil berat baby 3.0 kg ++ nanti time deliver.. Mudah-mudahan selamat semuanya hingga hari bersalin nanti. 25 weeks- tisu-tisu muka dah...

Kos Hidup

?????? Xde dalam gambar, yuran taska pun naik tau. Awal-awal hantar aina dlu RM250 jer skang naik RM350 seorang anak ya ibu-ibu. Bayangkan kalau ada 4 orang anak. Maunya kos pengasuh sahaja cecah RM1400 sebulan.. Belum masuk kos lain lagi ya, pampers, susu, kain baju..hehe..lumrah la kan. Tapi kena yakin anak-anak tu rezeki ok, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. =) Cerita bab pengasuh, kalau la hutang PTPTN da settle,hutang rumah, hutang kereta, xde hutang lain, gaji licin jer... Nak sangat duduk rumah jaga anak-anak, masak hari-hari, kemas rumah, jadi fulltime housewife.. tapi apakan daya.. Angan-angan tu ada InsyaAllah dengan Izin-Nya semoga jadi kenyataan satu hari nanti. Hidup penuh pengorbanan dan perjuangan.  Sekarang nak daftar anak Tadika 4 tahun pun cecah riban-riban. Tahun depan kakak dah 4 tahun, dah daftar Tadika Islam dekat dengan rumah. Yuran pendaftarannya termasuk baju sekolah etc hampir RM1k juga tapi Alhamdulillah yuran bulanannya RM180 sebulan, ...

My Inspiration

Assalamualaikum.. Lama tak bercerita pasal anak dara dua orang tu. Masing-masing membesar dengan sihat dan aktif. Alhamdulillah dapat tengok dorang membesar depan mata. Tahun depan kakak dah 4 tahun, adik pula lagi sebulan dah masuk 2 tahun. Tambah pula ahli keluarga baru, berlima pula kami tahun depan, dengan izin-NYA. Masing-masing membesar dengan macam-macam kerenah dan perangai..Time baik amat, sejuk perut mak mengandung, cerdik mengalahkan orang tua.. Time buat perangai, semua benda xkena, pujuk pun xjalan, mula la fikir ikut perangai sape la time kecik2 ni..hehehe..biasala kan budak2.. Kakak sekarang kuat merajuk, sensitive je time moody. lambat skit mula la muncung, nangis... Adik pula lasak kemain, suka sangat lari-lari jatuhkan badan, buat aksi stunt, panjat-panjat, pening kepala kami.. tak boleh marah, tak boleh larang habis mengamuk satu rumah.. Layankan je la, sambil-sambil pantau takut jatuh cedera. Aktif sangat pun pening, tapi kalau dia pasif, diam je lagi la kami ...

Kabinet Dapur

Bismillah.. Alhamdulillah syukur. Kabinet dapur idaman selamat dan sempurna di pasang pada hari sabtu lepas. Selepas hampir 3 minggu menunggu call dari Mr.Syafiq untuk temujanji pemasangan kabinet tersebut. Hasilnya.............................. Simple sahaja design dan warnanya tapi cukup membuat kami gembira dan puas hati dengan hasil kerja mereka. Dapur kami pun kecil jer, sesuai dengan budget kami yang terhad dan keluarga kami yang masih kecil..hehe.. angan-angan memang nak tambah besar lg, tp kena kumpul duit dulu tambah skit-sikit nanti.. Modal buat semua ni pun mmg kami kumpul dan plan start kami booking rumah ni lagi 3 tahun yang lepas utk buat dapur dan pasang grill. Ikutkan duit tu cukup untuk beli perabut sekali skit2 tapi sebab rumah lambat siap, lambat serah kunci, duit tabungan terpaksa dikorek dan didahulukan untuk bayar rumah dan keperluan lain yang terdesak. Berbalik pada kabinet dapur ni, selepas servey punya servey, kami sepakat untuk memilih kontrakt...

Akhirnyaa....

Bismillah... Dengan izin Allah s.w.t, kami sekeluarga telah selamat berpindah ke teratak baru kami pada 27 Oktober 2013  lepas. Alhamdulillah syukur tak terhingga. PerancanganNya, tidak lambat dan tidak pula terlalu cepat.. Walaupun awal-awal dulu mama sedikit terkilan kerana tarik serah kunci asik tertangguh jer. Akhirnya, rumah idaman selamat kami duduki. Urusan pindah memindah mmg sgt memenatkan, tambahan mama berkursus di Pangkor 3 hari sebelum pindah. Balik dari pangkor hari Jumaat, Sabtu pula ada taklimat kerosakan dari Developer (masa taklimat dapat cabutan bertuah Oven besar, happy sgt2..hehe). Ahad start pindah dan angkut barang dengan lori. Minggu sebelumnya 21 Oktober , kontraktor yang kami pilih datang untuk pasang grill dan siap pasang keesokan harinya. Alhamdulillah, walaupun designnya agak simple, tapi kami puas hati dengan kualiti dan hasil kerja mereka. Jumaat 25 Oktober pula, orang Kithen Cabinet datatang untuk sambung table top yang sedia ada. Pas...

Kisah mama dan SHAKLEE

Bismillah.. Alkisahnya, sudah 3 tahun lebih mama consume produk SHAKLEE ni. Insan pertama yang perkenalkan mama dengan produk ni ialah umi aniq (kawan baik abah dan mama masa di UiTM Dungun dulu). Time tu mama dalam pantang bersalinkan kakak aina, umi, aniq dan tunang dia Dalila (skang da kawin dan ada anak lelaki comel dah sorang) datang melawat mama ngan kakak aina. Sebab kesiankan mama bersalin ceasar, umi suruh mama amik set berpantang SHAKLEE, untuk cepatkan proses sembuh luka dan tambah tenaga dan darah dlm badan. Mama tergamam jgk time tu, sebab first time kan, umi promote dan siap buka terus botol2 Shaklee tu tunjuk kat mama. Lepas tu terus dia tinggal bagi kat mama n bgtau suruh try dlu, bayar bila2 pun xpe. Set berpantang tu sekali dengan ESP. time tu mmg mama xreti nak minum ESP tu, xtau pun kena shake baru betul2 sebati. Mama kacau dengan susu je minum dgn berketul2 tu. April 2010, time tu info pasal Shaklee ni xbanyak lagi dalam internet, mama pun xpe...

Aina's Sport Day

21 Sept lepas, hari sabtu, sekolah kakak dan tadika smart soleh Ibu Yati adakan Hari Sukan Tahunan. Mama memang excited sangat tak sabar nak tengok kakak beraksi dengan kawan-kawan. Paling tak sabar tengok kakak buat aerobik dance yang lagu tema hindustan tu " Oh My Darling I LOVE U" tuu... Gempak betol, siap gelek2 xtahan tu..pandai betul kakak menari..laju je tukar step..  Dua sukan lain yang kakak join; picking ball to basket dengan gelung getah, dan perah air guna span masuk dalam botol. Alhamdulillah dah besar anak sulung mama ni, sebelum sampai kat padang tu nak turun dari kereta kakak menangis mengamuk sebab tak mau pakai baju sekolah, abah paksa jugak.. Mujurla da turun kereta tu da tgk kawan-kawan tengok teacher kakak terus cool.. Mama hantar kakak dalam group pun kakak ikut jer. ada kawan kakak sorang tu mama tengok langsung tak nak berenggang dengan mama dia. Lepas hantar tu, mama, abah dengan adik tunggu nak tgk aksi kakak dan kawan-kawan bawah khemah. Aktiv...