Langkau ke kandungan utama

Pengalaman bersaliln kali ke-5

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah harini selepas satu tahun 5 bulan pengalaman melahirkan anak bongsu, baru terlintas masa tengah drive tadi nak share kat blog mama ni.. Untuk tatapan anak-anak mama juga bila korang dah besar nanti ye.. Doakan mama panjang umur boleh tengok anak2 membesar, habis sekolah masuk U, grad, kahwin, dapat anak (mama dpt cucu) insyaAllah mudah-mudahan Aamiinn...

Sebelum tarikh keramat 15 Jan 2018, mama beberapa kali juga ke hosp Shah Alam appoinment jumpa pakar di sana untuk pilih tarikh elective Ceasar dan mendengar nasihat pakar berkenaan BTL (Bilateral Tubal Ligation) -bahasa mudahnya ikat peranakan. Disebabkan mama ada sejarah 2 kali dah ceasar, so yg ni kali ketiga memang mama terpaksa kena csar juga.. Mula-mula rasa ralat, sedih, juga tapi atas faktor kesihatan dan untuk elakkan risiko lain yang lebih teruk, mama relakan jua :(
tengak gmbr baby baru keluar ni rasa xserik tau sakit beranak tu...Subhanaallah sungguh indah ciptaanmu ya Allah

Awal-baru lepas ceasar, masih sakit perit panas kat tempat kena potong tu, tp gagah juga nak pangku baby, nak menyusu :)
Masa dalam bilik OT, sepatutnya mama patient ke 2 kalu xsilap hari tu 15hb, tp ntah macam mana, nurse datang awal2 pagi tu bagitau mama first kena masuk, yg patut turn no 1 tu cancel ke apa ntah xingt. Terkejut juga mama rasa tak ready lagi, nak kena call bagitau abah lagi.. Plan awal ingt abah dah settle uruskan anak-anak boleh terus datang hospital dlm kul 9 tidak la terkejar-kejar. Jadinya mama masuk bilik OT xsempat la nak jumpa abah, salam2 mintak maaf dlu.. dalam phone pun xingat ada mintak maaf ke x..huhu.. Dalam bilik OT pulak, seram sejuk (bilik tu mmg sejuk giler weh) mengigil2 tunggu doktor dtg nak toreh perut ni.. Dah siap cocok belakang (epidural) doktor dah ready, mama dgn rabunnya mmg xnampak la diaorg buat kerja tu.. yang jelas banyak sguh asap dlm bilik tu dengan bau daging terbakar...ngeri sungguh tp buat2 relax je baca la surah, doa2 zikir mana yang hafal.. lama juga kot dlm tu, doktor yang operate mama tu boleh plak seronok duk menyembang, siap gelak2 lagi sambil toreh perut ni..aduhai..sabar je la... (doktor tu duk membawang pasal org yg suka beli tudung mahal2, harga beratus2 smpi beribu2, siap tanya nurse pulak betul ke ada tudung harga sekian-sekian..mama dlm seram2 boleh pulak pasang telinga hahaha)

Lebih kurang sejam kot tak berapa ingat lah, baby selamat keluar, abah pun dah smpi, mama sempat cium baby then nurse bawa keluar utk jumpa abah dan azankan kat luar. Mama dah keluar dari bilik OT dan dibawa ke tempat lain dan ditutup dengan selimut panas..time ni la yang azab skit, tahap sejuk menggigil dia tu Allah xtau nak cakap, dengan dah rasanya lenguh2 badan, tp xleh bergerak lg...nak tido pun tak boleh..tahan, sabar lagi..nasib baik ada sorg kakak sbelah mama, temankan anak dia baru lepas operate juga. boleh la borak-borak, kuranglah sikit rasa seram sejuk tadi :)

Alhamdulillah petang tu mama dah boleh masuk wad, dan duduk sekali dengan baby. Alkisahnya, keesokan hari tu nurse datang tanya mama dah kencing berak ke semua..mama laju je jawab dah, memang betul pun baby dah kencing dan berak dah haritu.. Dan nurse tu offer mama untuk check-out terus petang tu.. Terkejut juga mama, biasanya bersalin cser ni kena 2 mlm jugak duk dlm wad. Mama pun memang t5ak sabar nak keluar, nak bagi kakak2 baby ni tengok dan main2 dengan adik baby ni.

15hb operate, 16 hb terus boleh balik.. rasa mcm pecah rekod peribadi boleh balik paling cepat ni hehe
Baby time ni memang baik, tido jer <3 td="">
Banyak lagi kisah dan pengalaman bersalin dan berpantang yang mama nak kongsi dalam ni.. InsyaAllah ada masa terluang, ada idea nanti mama sambung ye.. ThanKs for reading..bye..xoxo..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...