Langkau ke kandungan utama

HARI INI DALAM SEJARAH

13 MAC 2014 - PPUM

Ke PPUM untuk 1st check-up before deliver here. Time doc check perut, baby breech, kepala di atas perut belah kanan, kaki di bawah.. Doc yang cemas, sebab dah cukup bulan, tp baby still xduduk betul2 lg.. Tapi mama buat-buat cool, relax jer, sebab doc yg selalu g check-up sebelum ni (Poliklinik AN-Nisa) bgtau xyah risau, coz u pregnant anak ke-3, rahim dah longgar, baby akak berpusing2 smpi dkt nak bersalin baru dia turn elok2..
Tapi Chinese Doc tu tetap risau, baby dah ckp besar, scan berat dah 3.2kg. Dia suggest utk emergency Caesar next morning..sebab ada sejarah 1st baby pernah ada kes, baby hampir lemas.. So doc tu bagi masa untuk bincang dengan suami. Time tu baru rasa berdebar-debar cemas, betul ke nak kena operate lg sekali? sedihnyaa...
Lepas bincang dan fikir habis2, kami pasrah. Serah diri, masuk wad. Esok pagi-pagi around 10 a.m. kena tolak masuk bilik OT..
Plan asalnya lepas g check-up tu nak bergerak ke PD kenduri kawin saudara belah suami, terpaksalah cancel, xpasal2 terberanak pulak time belarak tu...
Sepanjang dalam wad, suami dah balik uruskan anak-anak.. Balik ambil kakak dan adik (aimi) dari school, uruskan mereka sendiri dirumah..
Sendirian dalam wad, macam-macam duk fikir, risau macam-macam.. doa, zikir xlekang dari mulut..
Malam tu sendirian dalam surau, baca yasin dan doa mintak ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan. Dah pukul 2-3 pagi pun mata tak leh pejam lagi..Ya Allah risaunya, takut, gemuruh macam-macam perasaan bercampur baru. Sambil-sambil tu mama bercakap dengan baby sambil baca ayat kursi dan doa2 yang sempat dihafal, pujuk-pujuk baby untuk behave, tolong mama untuk mudahkan proses bersalin nanti..


14 Mac 2014 -MIRACLE
Semalaman tak boleh tido, dengar azan subuh terus solat dan sambung baca Quran lagi.. Masih berharap keajaiban berlaku.. Walaupun sangat tipis. Sebenarnya hati masih berbolak bagi, bila dibandingkan pengalaman bersalin secara normal dan c-sec, ikutkan hati memang nak ceasar, bila teringat pengalaman bersalin normal anak ke-2 yang sangat menyakitkan sebab tumpah darah.
Tapi bila terkenang anak-anak, apalah sangat sakit bersalin tu jika nak bandingkan dengan rasa indah dan bahagia bila melihat wajah bayi kecil kan. SubhanaAllah.. Rasa sedih sgt bila c-sec sebab tak boleh beranak ramai bukan sebab sakit, tak sakit pun c-sec.. huhuh
Jam 10 pagi, sorang doc pelatih datang maklumkan sedia untuk masuk bilik OT.. Doc muda tu sediakan ubat utk diminum, dan drip kat tgn untk masukkan ubat lg..
Sampai bilik OT (Operation Theatre) ready dlm bilik untuk di bius sementara tunggu 1st patient yg tgh operate juga selesai. Doktor lain yang dtg tgh menanda2 di belakang sambil mengajar sorg international medical student pasal area2 utk epidural.
Tak tau dah pukul berapa, badan menggigil dengan sejuk bilik OT plus berdebar2 nak kena belah perut lagi.. Tak lama lepas tu Doctor O&G masuk, doktor Hafidzi, nama sama dengan suami tapi doc perempuan, and others staf called her Dr. Zizie... Dr. zizie rasa perut, check baby and surprise, she told me kepala baby dah turun bawah.. untuk confirmkan semula, she ask her staf ambil mesin untuk scan semula.. Then it is TRUE.. Kepala baby dah elok2 pusing ke bawah... ALLAH ALLAH ALLAH...
Dr. Zizie tanye mcmne, nak proceed or wait until betul2 sakit nak bersalin. Hemmm, ikutkan hati memang nak tunggu, tapi sbb dah ready, dah siap tanda kat tulang belakang nak cucuk epidural, dah xmampu nak buat keputusan...badan menggigil... Dr. Zizie pun macam faham, then she called her professor, to discuss and make a decision..
Alhamdulillah, Dr. zizie lepaskan untuk cuba bersalin normal for 1 week.. ALLAH ALLAH ALLAH.. SUBHANALLAH..
Akhirnya, keluar bilik OT tanpa dibedah dan baby yang masih didalam rahim...
Stay lagi di hosp hingga 16hb, ahad. Masa dalam wad, macam-macam doktor pakar datang interview.. Doktor pakar c-sec pun banyak kali dtg nak pujuk suruh c-sec jgk. Then sekali tu dia tanye u nak anak berapa orang, laju-laju jawab nak 4-5 orang terkejut dia..ok-ok then kita tunggu u sakit dulu n try to normal ok... SENYUM... wink emoticon
heart emoticon heart emoticon heart emoticon

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...