Bismillah...
MashaAllah lamanya mama tak update blog ni kan? hutang cerita macam-macam tapi satu pun tak terbuat.. Semalam sambil jalan kaki sorg2 beli makanan kat cafe, terlintas dalam kepala mama nak update pasal potty training cara mama untuk anak-anak... Walaupun xsehebat mommy2 lain yang dapat trainning anak masing-masing seawal 2 tahun, tapi mama tetap bangga dengan kakak dan kak ngah yang berjaya free pampers sepenuhnnya sebelum menginjak birthday ke-3 tahun..
Alhamdulillah syukur..
Sedikit tips yang ingin mama kongsi harini perihal potty training dan free pampers untuk anak-anak:
MashaAllah lamanya mama tak update blog ni kan? hutang cerita macam-macam tapi satu pun tak terbuat.. Semalam sambil jalan kaki sorg2 beli makanan kat cafe, terlintas dalam kepala mama nak update pasal potty training cara mama untuk anak-anak... Walaupun xsehebat mommy2 lain yang dapat trainning anak masing-masing seawal 2 tahun, tapi mama tetap bangga dengan kakak dan kak ngah yang berjaya free pampers sepenuhnnya sebelum menginjak birthday ke-3 tahun..
Alhamdulillah syukur..
Sedikit tips yang ingin mama kongsi harini perihal potty training dan free pampers untuk anak-anak:
- Pertama sekali, mama-mama ibu-ibu memang nak tak nak kena banyak sabar layan kerenah mereka. Boleh start bila anak dah pandai bercakap, dan boleh bagitau apa yang mereka nak, tak nak, mama dah boleh start untuk training ke bilik air..
- Mama kena rajin dan kerapkan bertanya anak-anak, nak kencing, setiap 5-10 minit.. kalau anak terkencing, jangan marah, cakap elok2. kalau kita marah, nanti anak tu akan down dan lagi susah kita nak train lepas tu.. Kena 100% support dan motivate dorg untk gunakan tandas bila nak buang air.
- Bila dah start train, kalau boleh jgn pakaikan pampers terus masa dirumah. Boleh pakai time malam, atau keluar jalan-jalan masa awal train.. Terkencing kat ruang tamu, atas tilam perkara biasa bila nak train anak kecil. Memang mama nak kena sabar dan banyak2 rajin..hehe ;)
- Masa awal2 bila anak baru nak pandai, mereka akan confuse antara nak kencing, berak atau buang angin a.k.a kentut..setiap 5-10 minit mereka akan cakap nak kencing padahal nak kentut jer..siap berlari-lari lagi nak ke tandas, kita yg tgh buat kerja ni pun terpaksa stop dan bagi perhatian pada mereka.. so mama2 silalah layan mereka dan nikmati moment2 indah tersebut ya.. ;)
- Bila anak di TASKA, boleh bagitau pengasuh untuk training mereka juga. Bergantung juga pada TASKA, kalau mereka rajin mengajar anak kita untuk potty trainning sebenarnya lagi mudah untuk kita ajar dirumah, sebab anak-anak akan mudah terikut dan lebih bermotivasi bila melihat kawan2 sekeliling buat perkara sama.. Alhamdulillah, kakak dan kak ngah cepat belajar free pampers di TASKA lebih kurg umur 2 tahun lebih.
- Untuk training free pampers waktu malam pula, sebelum tido, pastikan anak-anak ke bilik air dulu untuk buang air kecil. Time ni memang hari-hari bertukar cadar dan kerap juga hantar toto ke dobi.. Awal2 walaupun dah ke tandas dulu sebelum tidur, kerap juga terbabas atas tilam.. sabarlah ye mama, dalam sebulan lebih, lepas tu mama tak perlu susah payah lagi.. Alhamdulillah, kak ngan sebelum birthday ke-3 tahun pun dah berjaya free pampers waktu malam. Kak ngah sdiri yang tak nak bila pakaikan pampers time dia tgh tido malam2..dia dah mula rasa tak selesa bila ada pampers.. Alhamdulillah..
- Satu lagi untuk perhatian juga, apa yang mama perasan, setiap kali time waktu tido tgh malam, bila mama tersedar tima kak ngah atau kakak merengek2 dan mengeliat, macam xselesa tapi dia tgh tido, so cepat2 la angkat dan kejutkan dorg bawa ke toilet.. bila lambat sket, memang akan banjirla toto dan tilam anda...hehe..
Ok itu sahaja perkongsian untuk hari ini.. Semoga semua mama-mama ibu-ibu dan umi-umi diluar sana berjaya hendaknya.. Yang penting usaha, sabar dan jangan putus asa..
Nanti bila anak dah fully free pampers, bersedialah mama2 semua berkejar2 berlari ke tandas time keluar jenjalan pula...hahaha maunya nak fengsan melayan sorg-sorg nak ke toilet time dalam kereta, time shopping kat tesco, giant dan sebagainya... Have fun dan nikmati moment2 indah membesarkan anak-anak didepan mata... PENAT memang penat tapi semua hilang bila dapat lihat mereka bahagia dan gembira membesar didepan mata kita...
Sekian jumpa lagi untuk tips parenting seterusnya..
Salam sayang dari bumi puncak...;)
Ulasan