Entry pertama tahun 2014. Alhamdulillah.
Selamat menyambut tahun baru semua.. banyak nak story pasal tahun baru ni.banyak benda berlaku dan bermula pada tahun baru 2014. Mama diarahkan berpindah ke pejabat baru, kampus baru puncak Alam, kakak aina pun dah mula masuk tadika baru, aimi pun sama pindah ke taska baru dekat dengan rumah. Awal tahun baru memang agak menyedihkan, habis semua rutin harian berubah. Alhamdulillah kakak sangat-sangat ok, behave, dan happy di tempat baru. Namun aimi, sampai ke hari ni, dah dekat sebulan, masih muram, sedih dan moody je bila hantar pagi-pagi. Selepas hampir sebulan tempoh percubaan ni, kami suami-isteri membuat keputusan untuk kembali hantar ke taska lama. Memang agak jauh hampir sejam perjalanan untuk sampi ke pejabat, sebab laluan yang berbeza, tapi demi anak-anak, mama sanggup berkorban. InsyaAllah semoga dipermudahkan.
Tanggal 24 Januari lepas, genap kakak manis, Nur Aimi Farzana berusia 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, aimi membesar dengan sangat cepat, dapat melawan sakit demam dengan cepat, badan pun semangat, suka sangat bergayut pantang jumpa palang/meja yang tinggi yang boleh dia capai untuk bergayut. Sangat berani dan berdikari. compare dengan kakak yang makin manja, aimi semuanya nak buat sendiri, makan nasi sendiri, pkai baju seluar sendiri. Lain benar karakter dua beradik ni. Namun masing-masing istimewa dan tetap sama di hati mama.
Ahad lepas, 26 Januari, kami sempat meluangkan masa, santai petang dengan anak-anak di Setia City Park. Abah beria nak beli layang-layang (wau) nak main kat sana. Mama belikan bubble tembak kat anak dara berdua tu kat DIY. Time hujung minggu tempat ni memang sesak dengan orang ramai beriadah dan menjadi port pengantin2 baru bergambar. Jarak dari rumah kami pun dekat dlm 15-20 minit jer. Kalau tak ada aktiviti time weekend, kami selalu keluar bawa anak jalan2 ke Setia City Mall dan bermain kat taman di luar shopping complex ni.

Ulasan