Langkau ke kandungan utama

Riadah hujung minggu #1 2013

Minggu pertama tahun 2013, abah beria ajak berbasikal di Bukit Cerakah atau nama panjangnya - Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Plan awal nak gerak kul 8 dari rumah, breakfast dulu baru kayuh basikal.. tapi hari kejadiannya, siap-siap kul 10 lebih baru kami sampai ke sana. Cuaca boleh tahan, panas skejap2, namun redup juga sebab banyak pokok-pokok rendang.. =)

Tiket masuk masih kekal RM 3. Kali pertama mama masuk bukit cerakah time belajar dulu pun tiket RM3 juga. Dah lebih 5 tahun. Cuma tiket Masuk rumah 4 musim je dah naik dari RM3 ke RM5. Kiranya masih sangat murah lagi jika nak compare dengan kadar inflasi semasa kan?

Usai membeli tiket masuk dan tiket rumah 4 musim, kami terus berjalan ke kaunter sewa basikal. Kadar sewanya juga berpatutan. Sejam pertama RM5, dan tambahan RM1 bagi jam berikutnya. Awalnya mama naik bersama kakak, tapi sampia je separuh jalan, adik menangis-nangis xnak duduk dengan abah.. Abah bawa adik dengan carrier di belakang. Adik pula macam tersangat mengantuk time tu. Makanya kami berhenti di tepi jalan dan bertukar tangan. Mama carry adik, dan abah bonceng dengan kakak.. Seronok sangat lama dah x kayuh basikal. Alhamdulillah skill mengayuh mama masih maintain walau pakai sebelah tangan, sebelah lg support belakang adik (sebab mama carry adik di depan) Kayuh turun bukit paling best, tp bila naik bukit tersangatlah berat, dan bila xlarat sangat, bukit tinggi, mama turun dan tolak basikal pelan-pelan.. Sayang gambar berbasikal xsempat nak ambil sebab penat dan sibuk layan kerenah anak-anak.

05.01.2013
TAMAN PERTANIAN MALAYSIA
BUKIT CAHAYA SERI ALAM

Adik kepenatan sampai tertidur... kesian...
Sejuk musim winter.... =)
sayang pula xde gambar posing atas basikal sambil carry anak... ;)
Seronok naik buai... ;)
Buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina...... =)
Adik dah xde mood, penat naik beskal..hihihi


snowman
Berjalan ke rumah 4 musim. beskal kami parking kat kedai depan sebab adik masih tdo, terpaksa la abah dukung adik dan jalan kaki jer.. Kakak aina excited tgk air tasik tu.. heheh
comot makan aiskrim tp xhabis, mama juga yg tukang perabis..huhuh
anak bapak!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...