Alahai sekejap sungguh masa berjalan.. Adik oh adik, hujung bulan ni dah 10 bulan kamu nak.. banyaknya mama terlepas pandang, after 6 months, langsung xde progress yg mama catatkan utk adik. berat adik sekarang mama agak-agak dlm 8kg ++ kot..balik nt kita timbang ye nak. Kakak pun sama, banyak progress yang xsempat untuk di update sebab terlalu asyik menghabiskan masa melayan kerenah mereka berdua..
Adik tersangat manja, tiap kali nak hantar ke nursery bila nampak je school, adik akan pegang erat bj mama dan memalingkan muka.. Langsung tak mahu lepas, walaupun dah hampir 6 bulan mama tinggalkan adik di taska hari-hari, adik tetap menangis bila kakak-kakak school tu ambil dia. Kesian sungguh mama tgk.. adik memang sangat manja dengan mama, dan kakak pula sejak ada adik ni tersangat la rapat dengan abah.. Lepas balik kampung raya haji lepas, adik baru nak dengan abah. Sebelum ni abah ambik je menangis, nak dengan mama juga.Adik masih kecil, mungkin sebab mama banyak habiskan masa dengan adik berdua masa dalam pantang dan cuti lama 3 bulan, adik susah nak terima orang lain. MAMA is everything for HER..
Now, adik pun mengikut jejak kakaknya, sangat kuat makan, sangat berselera. Adik dah xmakan bubur sejak dari 9 bulan lagi, she like to eat what we eat even she has no teeth. Nasi sebiji-sebiji tu boleh dimakannya dengan selamba tanpa riak-riak muka tercekek bagai. Dah macam org dewasa.. Adik oh adik.. Risau mama tau.. So far adik xde masalah, poo-poo pun normal, lancar n regularly, mama pun terus stop buat puri dan bubur untuk adik. Senang sungguh menguruskan anak dara berdua ni. Time kita makan, they all pun makan. So no need tu pening kepala.. Sometime je adik kadang mengamuk sebab mengantuk nak tido time makan.. =)
I'M HAPPY MOMMA !!
Sangat-sangat bahagia.. Syukur
ALhamdulillah... Terima kasih ALLAH atas segala rezeki yang engkau
kurniakan pada hamba-Mu yang sering lalai ini. Anak-anak
adalah anugerah terINDAH buat kami.. Hidup penuh bererti dengan
kehadiran mereka.
Ulasan