- Saya menyusukan anak saya sejak lahir hingga sekarang (1thn3bln),saya disahkan mengandung lagi.adakah sebarang masalah akan timbul sekiranya saya terus menyusukan anak saya itu. Sehingga berapa bulankan usia kandungan saya saya perlu berenti menyusukan anak saya itu. Kadangkala saya merasa sakit/kerengsaan diputing saya ketika anak saya menyusu. Apakah faktor yang menyebabkan saya merasa sakit ini? Jawapan:
Untuk kebaikan janin di dalam kandungan rahim puan, sebaik-baiknya puan berhenti menyusu badan supaya janin tersebut mendapat nutrien dan zat makanan yang secukupnya untuk proses tumbesaran. Di peringkat kritikal ini juga ,penerusan penyusuan badan boleh menyebabkan kontraksi rahim dan sakit buah dada serta puting seperti yang puan alami sekarang. - Dinasihatkan masa kandungan dah 7 bulan utk memberhentikan penyusuan sbb bila ibu menyusukan baby, ade hormon yg akan dikeluarkan dalam badan yg akan mengecutkan rahim ibu. bagi ibu yg DAH bersalin, this is good ( boleh cepat kurus etc. hehe ) tp bagi pregnant mom, akan terjadi false contraction.
- Dalam kaedah ISLAM, jika bertembung antara MANFAAT dan MUDHARAT, kita perlu mengelak mudharat walaupun padanya terdapat manfaat. Dalam hal penyusuan ibu yang mengandung kepada anak yang sedang menyusu, cuba untuk mengenalpasti dan mengesahkan senarai MUDHARAT yang digembar-gemburkan. Jika MUDHARATnya tidak terlalu besar, maka insyaALLAH penyusuan kepada boleh diteruskan sehingga tempoh tertentu.
- Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
- Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
- Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
- Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
- Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
- Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
- Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika: - anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang, pernah keguguran, mengalami pendarahan semasa hamil, positif GBS carrier dan lain-lain
Sumber dipetik dari laman sesawang hasil kajian Pakcik Google
Ulasan