bekalan khas utk bulan puasa |
Selamat berpuasa pada semua kaum muslimin dan muslimat..Kali ni 1st time mama berpuasa sambil menyusu aina..sblm ni da pernah puasa ganti 2 hari, alhamdulillah, susu still mcm biasa..awal2 ni rungsing jgk mama takut susu makin kurang(*mintak dijauhkan)..so mama google pasal tips menyusu time berpuasa untuk diamalkan..antara tips2 yang mama jumpa :
- Makanan yang seimbang.
- Banyakkan minum air tp jgn overdose hehe.
- Banyakkan pengambilan protein dengan mengambil Soy Protein.
- Minum susu.
- Banyakkan makan kurma/jus kurma.
- Ambil oat.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan yang tinggi protein, glukos dan cecair.
- Mengambil supplement (set B di atas).
- Antara makanan yang popular untuk tambahkan susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, halba.
- Mengambil Performance Drink dan Mealshake untuk bulan puasa.
Fizikal
- Elakkan daripada terlalu penat.
- Banyakkan rehat.
- Tidur secukupnya (impossible!)
- Berurut.
Psikologi
- Jauhi stress.
- Jangan fikir tentang perkara negatif.
- Sentiasa ceria.
- Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
- Selalu ingat pada anak.
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah Taala.
Teknik
- Pastikan teknik penyusuan yang betul. Kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Berjumpa dengan mereka yang PAKAR dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Ulasan