1. Berapa lama EBM boleh tahan di  dalam suhu bilik?
Susu yang baru diperah boleh tahan  dalam suhu bilik 26 degree Celsius) selama 6 jam, dan pada suhu 19- 22  degree celsius selama lebih kurang 10 jam. Adalah disyorkan agar kita  tidak membiarkan susu perahan berada dalam suhu bilik lebih dari 4 jam  kerana kandungan susu ibu bagi setiap ibu adalah berbeza, dan suhu bilik  adalah terlalu subjektif.
2. Berapa lama EBM tahan di dalam  peti sejuk?
Jika anda tidak menggunakan EBM  yang segar dalam tempoh 4 jam selepas perahan susu tersebut hendaklah  disimpan di dalam peti sejuk. Susu perahan boleh disimpan di dalam peti  sejuk (0- 4 degree celsius) selama 8 hari. Jika anda was-was cukuplah  selama24 jam.
3.  Berapa lama EBM beku tahan  disimpan di dalam peti ais?
- Bagi peti ais 2 pintu- 3 bulan
 - Peti ais satu pintu- 2 minggu
 - Deep freezer- 6 bulan
 
4. Apakah bekas penyimpanan  terbaik untuk menyiimpan EBM.
Menurut pembacaan saya botol susu  diperbuat dari kaca adalah yang terbaiknamun, susah hendak dikendalikan.  Jadi kita boleh simpan EBM dalam
- Botol susu biasa
 - Disposable liner (avent/playtex/medela/spectra etc)- Diikat dengan rubber band. Untuk penyimpana jangka masa lama eloklah di ‘double’ liner.
 - Disposable cup (example; avent)
 - Ada yang menyimpan di dalam bekas puding, sebelum digunakan bekas ini eloklah kiranya disterile terlebih dahulu.
 - Penyimpanan di dalam plastik ‘ais krim malaysia’ adalah tidak digalakkan kerana diragui kebersihannya.
 
5. Berapa kuantiti EBM setiap  bekas?
Isikan dalam kuantiti 2-4oz setiap  bekas. ( Bagi mengelakkan pembaziran)
6. Susu mana hendak digunakan  dahulu?
FIFO..First In First Out. Labelkan  setiap EBM.
*sumber article dari http://sweetstory.yuitsumuni.com/tag/working-mother/page/5/
Ulasan