Langkau ke kandungan utama

Doa buat Ibu-Ibu Mengandung

Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti:

i. Doa di baca setiap hari:
“ Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar-Mu . ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat dan sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad saw”.
ii. Doa memohon rahmat Allah:
“Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana Engkaulah Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan mengumpulkan manusia di akhirat untuk pembalasan, yang mana hari itu tiada keraguan lagi. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (surah Ali- Imran: 8-9)
iii. Doa agar mendapat anak soleh/solehah:
“ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku” (Ali-Imran: 38)
· Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah sangat penting, kerana doa anak yang soleh sebagai penyambung pahala setelah ibu bapa meninggal dunia.

· Sabda Nabi SAW, maksudnya
“Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka” (hadith Riwayat Muslim)
iv. Doa ketika menanti saat hampir bersalin:


· Ketika hampir bersalin atau sedang menunggu waktu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah di gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik2 doa dan wirid adalah seperti di bawah:

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)
- Selanjutnya bacalah ayat kursi, surah al-ikhlas, surah Al- Falaq, An-Nas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.

v. Doa setelah selamat/selesai bersalin:
“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang2 yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat”
vi. Doa untuk menghilangkan lemah-lemah dan sakit selepas bersalin:
“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki”

Sumber dari : http://ratuhati.com/index.php/component/kunena/42-kehamilan/53602-amalan-baca-al-quran-dan-doa-masa-mengandung

Ulasan

br3akerz berkata…
Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
sue berkata…
hhmmm, amalkan al-matin 75 kali sehari pun bagus untuk membanyakkan susu. bagi susu badan dekat anak selama 2 tahun kerana susu badan itu memang haknya, kalau tak bagi tkt nanti esok2 akan dipersoalkan pulak.
mamaainamishanis berkata…
banyak betul ilmu nak kena beramal ni..semoga dipermudahkan oleh-Nya..aminn

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Nasi Carrot dengan ayam masak merah favorite kami..;)

Salam.... Sekian lama tak share resepi kat blog ni..kali ni mama nak catit sbb tiap kali nak masak mesti korek balik resepi dek kerna inngat-ingat lupe makin menjadi-jadi..huhu.. Semalam rasanya kali ke-3 mama masak nasi carrot ni..1st time dlu rajin masak nasi karrot berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah tp smlm buat nasi ngan ayam masak merah dan acar mentah timun jer skit.. hasilnya memberangsangkan..hihi..sodappp!!! kita teruskan dengan bahan-bahan untuk nasi carrot ni yer..mmg nampak macam susah, tapi bila da buat sgt2 la mudah dan simple..sedap pun sedap..hehehe... bahan-bahan untuk masak nasi Carrot ialah : 4 cups beras siam/ basmati - cuci bersih2 dan toskan 1 biji carrot - parut siap2 (ada org yang suka potong dadu pun boleh juga) buttercup - untuk menumis, boleh agak sdiri byk mana nak taruk utk menumis 3 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih - diketuk @ dihiris nipis-nipis 1cm halia - diketuk @ dihiris nipis-nipis ikut suka rempah...

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

resepi kek pelangi ala-ala kampung

Dek kerana selalu cicirkan resepi kek ni, maka hari ni terpaksa merajinkan diri untuk meng 'copy- paste' resepi tersebut disini untuk rujukan esok-esok hari.. credit to my dearest sis-Harina utk resepi yg superb dan sgt 'owsem' ini... i LOVE it !!! 3 cwn tepung 2 cwn gule 1 butter cup brand lain pun bole 6 biji telur 1 penutup esen vanilla pukul butter dgn gula smp kembang then,masukkan telur (yg dh dipukul) pukul lg smp kembang,masuk esen vanila bile agak2 kembang,msukkan tepung gaul sebati then bakar

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...