Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aina's Sport Day

21 Sept lepas, hari sabtu, sekolah kakak dan tadika smart soleh Ibu Yati adakan Hari Sukan Tahunan. Mama memang excited sangat tak sabar nak tengok kakak beraksi dengan kawan-kawan. Paling tak sabar tengok kakak buat aerobik dance yang lagu tema hindustan tu " Oh My Darling I LOVE U" tuu... Gempak betol, siap gelek2 xtahan tu..pandai betul kakak menari..laju je tukar step..  Dua sukan lain yang kakak join; picking ball to basket dengan gelung getah, dan perah air guna span masuk dalam botol. Alhamdulillah dah besar anak sulung mama ni, sebelum sampai kat padang tu nak turun dari kereta kakak menangis mengamuk sebab tak mau pakai baju sekolah, abah paksa jugak.. Mujurla da turun kereta tu da tgk kawan-kawan tengok teacher kakak terus cool.. Mama hantar kakak dalam group pun kakak ikut jer. ada kawan kakak sorang tu mama tengok langsung tak nak berenggang dengan mama dia. Lepas hantar tu, mama, abah dengan adik tunggu nak tgk aksi kakak dan kawan-kawan bawah khemah. Aktiv

Oh rumah ! penat kami menanti..

Pertengahan September.. Masih menunggu dan menanti.. berita gembira tak kunjung tiba.. Ya Allah permudahkan dan percepatkanlah urusan rumah kami. Bersabar dan terus bersabar. Semoga kami lebih tabah dan cekal menanti.. Ya Allah permudahkanlah.. Yakini ada hikmah berselindung sebaliknya. kebun nanas betul2 belakang rumah kami..nama pun jalan nenas, hari2 la dapat tengok nenas.. =) besar jugak kolam ni even nama mini pool..kalau betul2 kecik kan lagi jimat tanah lain boleh menanam macam-macam.. membazir pulak tanah yg luas tu dibuat kolam. bukan hari2 pun nak bagi dorang terjun main kolam ni, bahaya lagi ada la.. tgu la ada modal kami pecahkan la kolam ni..  Ruang parking ni pun dah cukup luas nak bagi adik beradik ni main beskal..=) Bila difikir balik, sayang juga nak pindah dari rumah sekarang ni. Banyak kenangan kami, susah senang disini.. Hampir 5 tahun disini, bermula awal kahwin sampai sekarang anak nak masuk 3.. Pejabat pula depan rumah, 2 minit je bawa kere

Third baby is coming...

Bismillah.. Alhamdulillah, syukur,. Kehadiran syawal kami sambut dengan berita gembira. Keluarga kami bakal bertambah lagi tahun depan. Sekali lagi dapat puasa penuh. Mengandung, menyusu tanpa henti sejak bergelar isteri. Hampir 5 tahun. Produktif sungguh mama ni kan =)..tak penat ke? Pengalaman bersalin pun bukannye mudah. Namun alhamdulillah, semangat dan keyakinan terhadap Allah s.w.t. mengatasi segalanya. Kelahiran pertama secara emergency ceaser, sakit di induce lebih 5 jam namun last2 di tolak ke bilik OT untuk dibedah.. Ujian hebat buat kami. Namun Alhamdulillah, sakit bersalin dan luka jahitan cepat hilang. Tempoh sakit dan luka jahitan kering seingat mama 2 minggu sahaja semasa dalam pantang. Kelahiran kedua pula, mama sentiasa berdoa dan yakin dapat bersalin normal dan dipermudah proses kelahirannya. Alhamdulillah doa mama dimakbulkan. Kakak aimi selamat dilahirkan secara normal dan sakit contraction pun tidaklah terlalu lama. Namun mama diuji sekali lagi, sakit selepas

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka

Isu PTPTN/CCRIS.

Pada dasarnya, hutang apa-apa pun wajib dibayar.. bayangkan orang pinjam dengan kita, lepas tu tak nak bayar balik ? apa rasa kita ? Bagi pendapat saya, sesiapa yang mengambil pinjaman PTPTN, tapi tiada niat untuk bayar balik walaupun berkemampuan, dia sebenarnya telah berlaku zalim. Kenapa? Zalim kerana tidak berlaku adil kepada orang lain yang sama-sama membuat pinjaman PTPTN, tapi orang tu boleh buat bayaran balik bulanan, tapi kita tak nak bayar hanya menggunakan alasan dikenakan cas perkhidmatan 3% / 1%(ujrah). Kalau dah mampu beli kereta, beli rumah sampai dua,tiga biji, tapi nk bayar RM100 sebulan pun payah. Adil tak kepada orang lain yang bayar balik ? Berkenaan cadangan untuk senaraikan nama peminjam PTPTN dalam CCRIS, ada pro dan kontra. Bagus jika peminjam tersebut, 1)Bekerja 2)Telah mempunyai kereta dan rumah, namun tidak pernah membuat bayaran balik PTPTN. Tidak bagus kepada peminjam yang masih lagi dalam proses untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, atau baru seta

Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan bicara, saya dan keluarga menyusun jari, mohon ampun dan maaf zahir batin buat semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali kami walau dimana saje berada. Juga tidak lupa ucapan Selamat hari Raya Aidil Fitri. Semoga hubungan persaudaraan dan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Alhamdulillah, raya tahun ni disambut dengan penuh sederhana, tiada tema pakaian sedondon. Tapi untuk anak-anak belum habis lagi pakai pakaian raya. macam terlebih shopping pula sebab kumpul awal sebelum ramadan lagi dah start beli sikit-sikit time ada sale murah-murah.. =) Malam raya last puasa keluarga mertua sponsor kami dan adik beradik yang lain berbuka puasa di Restoran Chiangmai di Kota Bharu. Raya pertama awalnya plan untuk beraya di rumah mek, tapi di cancel saat akhir sebab iftar bersama keluarga mertua ni. Terpaksa la mengalah lagi.. Nasib baik kami rumah keluarga kami jaraknye xjauh dan tidak di kawasan yang laluannya sesak teruk.