Langkau ke kandungan utama

Catatan

Adik kakak together

Cepatnya masa berlalu..dua-dua pun dah besar.. adik dah pandai berlari, dah xmau didukung lagi..banyak benda nak buat sendiri.. Kakak pun semakin berdikari.. Bila anak-anak dah besar begini mula la teringin nak tambah lagi.. ada rezeki kami terima dengan berbesar hati... menanti boboy pula dalam famili... Next year kami usaha lagi..  =) Adik menjerit lemas dipeluk oleh kakak yang chubby..hehehe.. Tgu la adik besar skit lagi kakak plak lemas kena peluk ngan adik..hihihi.. Gambar lama dua beradik tengah tunggu nak facetime ngan abah.. Gambar blur pun nak letak juga masing2 xduduk diam..makin besar ni lagi susah nak amik gambar sama-sama..adik kemain lagi aktif xleh duk diam..kakak da besar ni makin pemalu bila mama nak amik gambar je dia lari..hahahaha

School kakak

Assalamualaikum.. Ptg ni tiba2 teringat kat kakak sorg tu. Hari jumaat biasanya aktiviti dia kat school main masak2 buat kek.. Dah 2 kali kakak miss dan terlepas aktiviti buat kek ni sebab cuti. Mama tau pun sebab tgk update fb school dia letak gambar kawan2 pakai apron, kacau tepung kek, blender gula.. Alahai ruginya kakak terlepas favourite aktiviti dia.. Patut la kat rumah time mama duk kat dapur sibuk je nak tolong, mintk but kek la, donat la.. Ni mama nak share jadual harian kakak kat school.. Alhamdulillah anak mama seronok belajar dan main dengan kawan2 kat sana.. Last week sehari sblm birthday kakak yg ke-3 tahun, sekolah dia juga buat sambutan hari jadi ramai-ramai yang birthdaynya jatuh pada bulan januari hingga mac.. Setiap tahun mereka akan buat 4 kali sambutan birthday, selng 3 bulan sekali. Maka sebab tu juga lah mama pun tidak la membuat apa2 sambutan hari jadi buat kakak di school.. Kebetulan pula minggu birthday kakak tu kami bz sgt, sambutan biirthday dr owner sc

# Syurgakah rumahtanggaku ?

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, pagi yang cukup tenang ni, mama terpanggil untuk share something yg sgt menarik.. InsyaAllah semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua terutama kita kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu. Minggu lepas mama telah hadiri seminar keluarga Sakinah siri ke-2 di Puncak Alam. Antara yang paling  menarik ialah ceramah dari Ustazah Norhafizah bt Musa yang bertajuk " Syurgakah Rumahtanggaku". Bukan bermaksud ceramah dari ahli panel lain tidak menarik, semuanya hebat2 belaka, namun yang paling memberi kesan mendalam pada mama ialah isi-isi dari ceramah Ustazah Nurhafizah Musa. Dengan penampilan yang sederhana, tutur kata yang lembut, air wajah yang bercahaya. Ya Allah, sungguh indah ciptaan Mu ya Allah.. Mukadimah yang sangat menarik dari beliau ialah tentang Qurratu' ayun. sebelum ini mama hanya faham maknanya sahaja namun kurang jelas dengan pengertiannya. Setelah diperjelas oleh Ustazah barulah mama mengerti maksud mend

Update our little sweethome

Sabtu lepas usai menghantar keluarga mertua mengerjakan umrah di LCCT, kami sempat singgah menjenguk progress teratak kecil ini.. Sangat teruja untuk melihat update terkini dengan mata kami sendiri selepas diberitahu oleh teman rapat, sara yg telah pergi melihatnya pada minggu lepas.. Kat depan da simen habis.. yang pelik kenapa ada tempat sampah tu sampai 2 utk 1 rumah, kiri dan kanan..confuse sekejap.. mungkin juga untuk asingkan sampah kering dan basah kot..part paling best kat depan tu dia sediakan sedikit ruang tanah untuk bercucuk tanam.. =) ruang belakang dekat dengan kolam pun sudah disemen..hujung dekat dinding tu shower utk mandi lepas main kolam.. :) Kolam masih sama lagi dari previous visit, belum di tile dan finishing.. Ruang belakang memang privasi, tinggi pagarnya.. dinding dapur juga telah di pasang tile.. gambar bilik air En.suami xambil pula, dinding bilik air juga telah di tile sepenuhnya ketiga-tiga. Rasanyan dah mencecah 85% kot.. Anggaran b

Zikir by Aina Farisah

14 Mac 2013 malam, sedang kami sekeluarga berkumpul dalam bilik sambil melayan anak-anak, tiba-tiba kakak menyebut zikrullah ini dengan lantangnya.. "Subhanallah, Alhamdulillah walaila ha illa Allah Allahu Akbar." Alhamdulillah, sejuk hati mama.. Banyak perkara positif kakak bawa pulang dari playhouse Klalifah ul-husna.. Pagi-pagi time mama hantar ke school tu, mereka pasangkan zikir-zikir dan doa-doa yang mudah di hafal oleh anak-anak.. Semoga anak-anak mama akan menjadi insan solehan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Update adik dan kakak

Assalamualaikum w.b.t. semua..!! Alhamdulillah masih di pinjam kan usia buat kami sekeluarga sehingga ke hari ini.. sangat-sangat bersyukur dengan segala rezeki yang telah diberikan oleh yang maha Kuasa. Kesihatan yang baik, anak-anak yang cergas dan cerdas, suami yang soleh, rumah dan kenderaan yang selesa dan bermacam-macam nikmat yang tidak terhitung oleh kita.. Syukur alhamdulillah.. Lama sudah tidak mengupdate perkembangan puteri berdua tu.. Makin hari makin asyik melayan kerenah mereka. Tiap-tiap hari ada je gelagat yang mencuit hati kami.. Sedar xsedar, adik dah melangkau 1 tahun 1 bulan.. tanpa sedar mama masih mengangap adik baby lagi..rasa mcm baru 6-7 bulan..tambah adik masih belum berani berjalan sendiri.. baru lulus 3-4 langkah dan terus menjatuhkan punggung..adik oh adik.. Selera makan pula makin bertambah-tambah..makin montel adik sekarang..kalah kakak bila bab makan.. 2-3 hari lepas tiap-tiap hari mama masak sup tulang dan bubur nasi.. sampai 3-4 mangkuk 2 beradi