Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resepi : Ayam panggang paprika suka-suka hati

Salam isnin yang ceria uollss.. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba semalam.. Alhamdulillah sangat sedap dan rasanya seakan-akan ayam panggang kenny roges dan Nandos gituw.. heheheh Bahan-bahannya :- Ayam 1/2 ekor ( 2 org makan) 3 ulas bawang putih dan 1cm halia (ditumbuk) 1 sk rempah paprika 1 sk serbuk cili sedikit gula dan garam secukup rasa sedikit olive oli utk direnjis pd ayam Cara-caranya :- Perap ayam dengan semua bahan di atas paling kurang sejam (saya perap 1 mlm untuk lebih urmmm ) Bakar dalam pemanggang ajaib lebih kurang 20-30 minit (hingga masak) Boleh hiaskan dengan karot ngan ubi kentang (panggang bersama dengan ayam tadi ) Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi ayam... =) Selamat mencuba... =)

My lil bro big day

MAJLIS AKAD NIKAH 12 OCT 2012 MASJID AT-TAQWA SELAYANG BARU Ya Allah Ya Tuhan Kami, Satukanlah hati kedua mempelai ini …………………………………………………………………. seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa, dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika, dan seperti engkausatukan Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah

Refleksi Diri

" Betapa bahagianya anak anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa. Bagi mereka yang ada perasaan negatif terhadap mereka buang semua emosi ini. Ini dapat dilakukan dgn memahami bahawa cara seseorang dibesarkan mempengaruhi mereka terutama 6 tahun pertama kehidupan. Bayangkan ibu bapa semasa mereka kecil dan input negatif yang diterima dan merasa kasihan pada mereka. Baginibu bapa yang ada anak anak bawah 6 tahun lihat lihat apa input diberindan sistem nilai yang diterap di rumah. Jika anak anak kita tidak seperti yg kita mahukan lihat diri kita. Jika kita negatif pada ibu bapa kita sekarang bayangkan macam mana anak kita nanti dengan kita. Sama refleksi diri dan lakukan transformasi diri dengan mencari ilmu ugama, akidah, ibadah dan akhlak" Petikan dari fb Prof. Dr. Muhaya ini bagaikan menyentap diri. Memang terkena batang hidung sendiri. Satu waktu dahulu, mama pernah begitu. sering menyalahkan orang lain dan masa lalu atas kekurangan diri. Rasa diri

:: Asset vs Budget ::

Salam ceria di pagi khamis uolsss... ;) Posting ni ditulis sekadar berkongsi pengalaman hidup dan keputusan yang telah kami buat sepanjang bergelar suami-isteri sejak 3 tahun yang lepas. Segalanya bermula saat kami mula merancang untuk berkahwin. Alhamdulillah segala yang kami atur berjalan lancar. Keputusan untuk berkahwin dibuat selepas kami berdua sama-sama mendapat tawaran kerja tetap.. Walaupun kerja yang ditawarkan bagi kelulusan diploma untuk kami yang memiliki Ijazah, kami tetap bersyukur dan menerimanya sebagai rezeki dari Allah. Sekiranya ada rezeki yang lebih baik juga kami akan terima dimasa akan datang. Kami cuba untuk positif dengan segala yang kami terima. INSYAALLAH.. Sebelum berkahwin, kami berbincang dan suami (bakal suami ketika itu) memberitahu sekiranya ingin berkahwin awal, dia hanya mampu membeli kereta terpakai dan kahwin sekaligus. Namun jika dia membeli kereta baru, hajat berkahwin terpaksa ditangguhkan beberapa tahun kerana komitmen untuk membayar keret

Practise @ 7 months old..

Practice make perfect.. Go go adik..=)

:: Wordless Wednesday ::

My LOVE until JANNAH...amin... Raya pertama :: aimi with beloved daddy.. =) kakak yang kelakar... ;D with lovely mommy otw homesweethome!!! =)

:: Cintailah DIA ::

Dulu sering ku di uji, Dulu sering ku di keji, Dulu sering ku di lupai, Dulu sering ku sabar menanti, Namun kini ku bahagia begini, Allah sentiasa murahkan rezeki , Semoga kami kekal dirahmati , Entah esok lusa kami kan pergi, Ku panjatkan SYUKUR padaMu ILAHI, Tanpamu pasti hati kan MATI . Atas kehendakMu kami masih di sini.. Allahuakbar!!!