Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tanda Si Kecil Sayangkan Anda ..!!!

Mama kongsikan disini artikal bermanfaat dan sangat menarik yang mama jumpa dari laman sesawang majalah pa&m a.. Selamat membaca dan ceria-ceria selalu..;D Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. Bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengetahui tanda-tanda si kecil menyayangi anda. 1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa. 2. Si

Menjelang seT.A.H.U.N kelahiranmu sayang....

Pagi ni tiba-tiba je rasa rindu menatap dan peluk aina time merah2 dlu..rindu yg amat..shahdu je rasa..nikmatnye saat tu Tuhan sje yg tau...Subhanallah, betapa Besar kuasamu Tuhan..kenangan lalu mengusik kalbu..layan..;D Di dalam kandungan 7 bulan, 4D scan di Vision College  Sejurus kelahiran mu sayang tanggal 29 Mac 2010, 5.20 a.m... keluar je dr perut mama da pandai tgk kamera..so sweet..;D beautiful eyes...Subhanallahh.. bahagia di pangkuan mama mimpi ape tu syg smpi terjelir lidah..;) Hari ke-7, kenduri cukur rambut.. Hari ke-34, menangis xpuas menyusu.sabar ye syg..;) Hari ke-35, Melawa cantik2 nak balik umah tok mek dan esoknya balik Shah alam..kesian abah tiap2 mgu balik kg rindu nak tgk aina ngan mama kan? Hari raya pertama Aina..pinjam serkup kak amani..so SWEET..chubby..tembam..bolat..mama LOVe u so much sayang..

C.I.N.T.A hati kami 11 bulan..

aina bersama zafran, adik sepupu di kg time kenduri akikah..ayu je pakai baju kurung anak mama ni.. Pejam celik sudah hampir 11 bulan kenangan melahirkan aina berlalu pergi..sakit bersalin dan penangan ubat induce pun sudah beransur2 pergi dan hampir tiada rasa lg.. Hanya tinggal sebulan je, buah hati kami genap umur setahun..Pantas sungguh masa berjalan dan berlalu pergi... Sepanjang usia lewat 11 bulan, putri cinta hati kami masib belum bersedia jalan sendiri..cuma aksi-aksi nakal dan menggelikan hati yang dipertontonkan..juga pelbagai sebutan sudah dipelajari..sudah pandai panggil mama dengan panggilan " MOMMAAMAMA".. juga menyebut nama sendiri "AINANANANA"..aina juga makin minat dengan buku..nampak je buku especially yang bergambar, pasti akan diambil dan dibelek2 sambil mulut mengomel sorg2,bahasa yang hanya dia fahami.. xberkelip mata tgk pocoyo..suke sgt tgk kartun ni.color baju pun hampir sama.;D

Menjadi muslimah DIAM...

Diam adalah emas... Sering kita dengar ungkapan tersebut. Namun diam seperti apakah yang akan menjadi emas? Tentu bukan diam kerana tidak tahu, diam kerana lemah, diam kerana pasrah, atau diam kerana menyerah kalah. Menjadi muslimah diam? Diam apakah yang akan menjadikan seorang muslimah menjadi peribadi unggulan yang dijadikan sebagai figur dambaan umat? 1. Dewasa. Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fizikal atau usia, tetapi dituntut untuk boleh dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu dituntut untuk bersikap dewasa di hadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang muslimah tidak boleh bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan yang dihadapinya. Memang, setiap individu memiliki sisi keanakan dalam dirinya. Tidak menjadi masalah, jika usia seseorang masih muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, agak lu

Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka...

“TAK cukup masa dan melecehkan,” itu antara alasan yang selalu diberikan oleh ibu- ibu bekerja ketika ditanya mengapa tidak memberi penyusuan badan kepada bayi mereka. Bukan tidak cukup pengetahuan, siapa jua tidak menafikan kebaikan susu ibu yang tidak ternilai ini. Namun begitu, tuntutan kerja membuatkan kebanyakan ibu mengambil keputusan bertukar kepada susu formula. “Bekerja bukan masalah untuk meneruskan penyusuan badan. Berapa ramai ibu yang bekerja telah berjaya menyusukan anak mereka, malah ada antaranya bekerja dalam sektor yang lasak namun tidak mempunyai masalah untuk terus memberi penyusuan secara eksklusif,” kata Ketua Jururawat dan Kaunselor Penyusuan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Marjinah Badli. Menurutnya, tuntutan kerja bukanlah penghalang untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan selepas habis berpantang asalkan mereka mempunyai niat dan keinginan yang tinggi. Kemudahan yang ada ketika ini katanya, amat berkesan untuk memba

~Aina 10 bulan~

Agak lewat, tp sblm terlupe, mama coretkan serba sedikit perkembangan aina di usia 10 bulan..Last week mama agak bz dan mmg xdapat online sbb balik kampung dari 29/1 hingga 6/2.. Aina sekitar usia 10 bulan :~ masih belum pandai jalan sendiri, skang ni aina makin takut dan bermalas2, bila pimpin, 2-3 langkah je dia ikut, pastu terus duduk..s..aina-aina, dlu beria2 time baru pandai berdiri nak berjalan, skang ni mcm takut2 plak..maybe fobia sbb byk kali jatuh kot..xpe la nak, asal anak mama sihat dan cergas, cukup. Insyaallah, smpi masa aina akan pandai juga nanti.. Sangat-sangat aktif, lasak dan kuat bermain. memang xreti duduk diam, kecuali ada makanan atau brg yg dia boleh geget dan main-main..tp tu pun skejap xsmpi 10 minit..makin kurus la mama nt..hadoiii Pandai tepuk amai-amai dan lambai tangan bila mama/abah sebut dan buat 'bye-bye'.. Sudah pandai demand2..bila mama nyanyi lagu xsedap, dia merengek2 mintak tukar lagu lain..Bila mama nyanyi lagu 'ABC', 'ali

Penglihatan dan pemakanan

Si MANJA anda akan melihat dan belajar sepanjang hayatnya. Tetapi tahukah anda bahawa si manja anda perlu belajar untuk melihat? Sebagai ibu bapa, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu perkembangan penglihatan si manja. Pertama sekali, penjagaan dan pemakanan semasa mengandung boleh membantu menjamin penglihatan yang baik sebelum si manja lahir. "Penglihatan bukan semata-mata keupayaan untuk melihat dengan jelas. Penglihatan melibatkan koordinasi mata-ke-otak, iaitu keupayaan otak untuk memproses apa yang dilihat oleh mata dan memahami maknanya. Penglihatan adalah satu proses yang kompleks, membabitkan fungsi mata, fungsi neurootot, dan juga koordinasi mata dengan otak. Sejak dari saat bayi lahir, penglihatan memainan proses penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan prestasi harian. Kajian umumnya mendapati 80 peratus daripada pengetahuan kanak-kanak sepanjang 12 tahun pertama diperoleh menerusi penglihatan,拻 kata Pakar Ortoptik, K.C. Chu. Menurut Chu, pe