Celik Mata, Reset Minda Bahagia dan membahagiakan All collection of words came from my idol, Prof Dr. Muhaya Haji Mohamad.. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman . Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang. Senyum adalah ubat yang paling mustajab. Jangan kedekut memberi senyuman terutama kepada anak,suami,isteri. Ucapkan terima kasih serta pujian kepada anak apabila mereka melakukan kebaikan agar ia lebih meransang anak memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan. Apabila kita memperlihatkan muka yang masam kepada semua terutama anak-anak,isteri,suami serta keluarga, ia akan mengundang kepada perkara yang negative. Maka berubahlah untuk mencapai kebahagiaan. Bersederhana dalam melakukan ketaatan- Belajar mengenal diri / kemampuan diri.Jangan paksa diri untuk melakukan perkara diluar kemampuan diri .Jangan bekerja melebihi 12jam akan jadi tiada kualiti.memperbanyakkan kuantiti akan melemahkan kualiti. O...