Langkau ke kandungan utama

Catatan

Makna bacaan dalam solat..hayati dan fahami..;)

Allahu Akbar Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah   Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan Ketika Rukuk  ...

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.  Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit. Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.    sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/breastfeeding-and-formula/bayi-mengigit/

Dugaan paling mencabar.....

Mood hari ni sgt2  la kurang..penangan gigitan putri sorg yang makin menjadi-jadi..aduhai, sakitnye sgt2 la xterkata..menjerit-jerit mama dibuatnya.. Kadang smpi rasa fobia nak bagi dia menyusu..dan terpaksa bagi juga sbb bila nampak muka ibu yang manis ni, memang haram dia nak hisap botol..pujuk la mcm mana sekalipun, sbelah mata pun dia xpandang... Al-kisahnya, dua-tiga hari ni mmg kuat sgt si kecik tu menggigit, smpi berdarah..makin kita marah, makin dia gelak..alahai..bdk sekecik tu mana nak paham kita marah ke sedih kan.. so, skang ni mama tgh berusaha mencari tips elakkan atau kurangkan bayi menggigit..xtau da nak wat cmne..fobia tau..skang time menyusu dah xseindah dulu..berdebar2 kdg tu..gigi 4 batang (2 atas, 2 bawah) yang sgt2 la mengerikan...hari ni time mengepam, nasib baik mama perasan..darah memancut dari tempat luka yg digigitnya smlm..ngerinya..nasib baik darah tu xsempat bercampur ngan EBM... Hemm, hati berdetik untuk bagi dia puting??tp byk plak persoalan..na...

Membentuk anak pintar dan tinggi akhlaknya

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  S.W.T yang cukup berharga kepada Ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w : " اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ". Maksudnya :  “  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah,...

Anak Soleh idaman ibubapa...

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah : Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t. Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38 Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mer...

Setahun sudah berlalu ~ 29 Mac 2011

Hari ini sangat bermakna..hari ini genap umur aina SATU tahun...besar sudah...tp blom pandai berjalan sendiri..baru lulus 1-2 langkah..suka berjalan menyusur dinding laju-laju..tapi masih tak berani melangkah sendiri..apa yang ditakut, mama pun xtau..xpe la syg, smpi masa syg akan pandai dgn sendiri nanti.. Walau xpandai berjalan lagi, aina tetap lincah..xreti duduk diam, ada je benda yang menarik perhatiannya.. Aina sangat suka dengan buku..magnet fridge juga..dan masih minat tgk POCOYO, her favourite cartoon.. Anakku sayang,  Semoga dirimu membesar menjadi Hamba Allah yang beriman, berakhlak mulia dan tawadduq..  Menjadi anak yang solehah, hormat pada org tua, dan bijak membuat keputusan.. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu sayang...  Jadilah insan berguna untuk keluarga, agama dan bangsa.. Kami terlalu amat menyayangi mu duhai anakku... Permata hati mama dan abah.. NUR AINA FARISAH 29 March 2010

Hari ini dalam sejarah...

Entry ni khas buat insan kecil kesayangan mama, NUR AINA FARISAH... Pada tarikh hari ni, 28 Mac, tahun lepas, 2010, hari ahad...waktu tu mama ngan abah ada di kampung, umah tok ummi aina...sudah seminggu kami cuti..awalnya kami jangka akan bersalin awal..due nye 26 Mac sama tarikhnya dgn birthday tok ummi aina juga.. Tapi kuasa Allah tu maha Besar, secanggih mana pun teknologi, sepandai mana pun manusia, kita hanya mampu merancang.. Allah maha berkuasa tentukan segalanya.. Tarikh yang sama juga, mama ngan abah ditawarkan untuk ambil peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat di UiTM Puncak Alam.. Tapi oleh sebab keadaan mama yang sarat, dan tidak mengizinkan, mama tolak.. Abah pula, mama galakkan dia pergi, tp abah juga xsanggup tinggalkan mama dan biarkan mama bersalin tanpanya disisi.. Besar sungguh pengorbanan abah.. Pada kami, rezeki dalam kandungan ini lebih penting dari segalanya, tambahan pula anak pertama.. Rezeki anak itu tak ternilai harganya dari pangkat dan wang ringgit nak...