Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Bayi melintang lagi?

Sama macam mama kandungkan aisha dulu, baby dalam perut ni pun suka buat kejutan juga.. Bezanya masa aisha, tiap kali check-up dekat an-nisa memang doc bagitau baby melintang dan songsang, cuma doc relax je bagitau mama tak perlu risau, sebab dah mengandung banyak kali, anak ke-3 dah, ruang dah longgar dan baby mudah berpusing-pusing, sampai masanya dia akan terletak elok kepala kat bawah. So mama pun tak risau smpi la kena tahan masuk bilik operation dan last-last dapat keluar semula sebab kepala baby elok duk kat bawah masa dlm bilik nak operate tu.. Alhamdulillah syukur, semuanya dengan izin Allah, ujian untuk menguji tahap keyakinan kita pada ketentuan yang Maha Kuasa. Jangan pernah putus asa hingga ke saat-saat terakhir, usaha doa dan tawakal, insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama kita. Mengandung kali ni, tiap kali check di Klinik Kesihatan, masa dah 30w ++, misi kata elok je kepala dah kat bawah, doc scan pun jelas nampak kepala dah turun ke bawah. Bila mama pergi hospi...

Teknik Kurangkan Sakit Bersalin

Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan tanpa bantuan ubat. . Berkedudukan tegak Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu. . Duduk ke hadapan Duduk ke hadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan. . Melutut ke hadapan Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan selesa mungkin. . Posisi merangkak Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan lengkungkan badan. . Meniup Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut 'huf..huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi...

Minggu pertama persekolahan

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah seminggu sesi sekolah tadika anak-anak dah berlalu. Masam manis pengalaman pertama hantar anak ke-dua kami, Aimi ke tadika yang agak mencabar berjaya dilalui. Melayan kerenah berlainan hari-hari, hari pertama, di rumah ok, kat sekolah tak ok. Hari kedua dari rumah lagi tak ok, meragam pagi2 dah tak nak pergi sekolah baru, nak balik duk taska lama dengan pengasuh lama, Hari ke-dua paling susah, dah smpi sekolah alhamdulillah ok, masih masuk tumpang kelas kakak. Berselang seli, hari ke-3, ok mama pujuk pakaikan lipstik color pink dan puji banyak2 cakap cantik-cantik, pkai lipstik pkai tudung, alhamdulillah settle..dan sampailah ke hari Jumaat, Alhamdulillah cukup seminggu yang menguji kesabaran kami sebagai ibu dan bapa. Tips berguna yang mama dapat untuk minggu pertama, untuk elakkan aimi meragam pagi-pagi, sebelum kejut, mama kena siapkan susu dan time nak bangunkan dia, mama bagi siap2 dia minum susu dulu, Alhamdulillah lepas minum susu, Aimi se...

Aimi 1st Day !

4 Januari 2016, hari pertama Kak Ngah aimi masuk tadika. Sekolah sama dengan kakak. Aimi dah 4 tahun, kakak kelas 6 tahun. Alhamdulillah walau tidur lewat juga smlm dekat pukul 11 lebih, senang uruskan mereka berdua pagi tadi. Semoga esok- esok pun mudah macam hari ni juga.. Mama dengan abah masuk ofis lambat sikit, kami hantar sama-sama tapi naik kenderaan asing-asing, mama bawa kereta dan angkut beg budak berdua tu skali dengan adik Aisha, kakak dengan aimi nak naik motor dengan abahnya. Sampai di tadika, aimi masih excited, suara dia macam pakai microfon, nyaring betul.. Dah masuk dalam sekolah, mama hantar kakak dulu masuk kelas, dia, 6 (1), check nama Aimi dapat Kelas 4 tahun (2).  Kelas aimi jauh skit dari kelas kakak, dah sampai depan pintu kelas, aimi mula berdrama, muka dan macam cuka, nasib baik tak meraung, mama ajak masuk kelas, dia patah pusing balik ke belakang. Ok, sebelum episod drama bermula, mama pujuk2 pusing bawa beli makanan dulu kat anjung sekolah tu....