Langkau ke kandungan utama

Catatan

36 Weeks Pregnancy

Assalam semua.. Mengandung kali ke-3, perasaan masih sama. Kadang happy, over-excited, dan lately ni seram sejuk dekat-dekat due ni mula la xtentu rasa.. Terbayang pengalaman di labour room anak pertama dan kedua. bagaimana pula kisah beranak anak ke-3 pula nanti?. Masa makin singkat, esok genap usia kandungan adik baby 36 minggu (9 bulan), dan potensi untuk bersalin anytime teramatlah cerah. Tanda-tanda sakit, sengal2, lenguh2 memang dah lama rasa. Al-maklum mengandung kali ke-3 sambil uruskan 2 orang lagi kakaknya yang macam-macam kerenah dan keperluannya. Tapi syukur alhamdulillah dalam penat2, letih bagai masih mampu uruskan rumahtangga, drive sendiri hantar ambil anak ke taska lama setiap hari, hampir 60km sehari pergi balik. Yang peliknya time mengandung ni, time buat kerja kadang xrasa penat, bila time rehat, time duduk saje2, atau baru bangun tidur tu mula la rasa sengal-sengal sakit badan. Dah start enjin buat krja balik habis semua hilang, ok jer pulak..hehehehe  :) 35

Santai di Setia City Park

Entry pertama tahun 2014. Alhamdulillah. Selamat menyambut tahun baru semua.. banyak nak story pasal tahun baru ni.banyak benda berlaku dan bermula pada tahun baru 2014. Mama diarahkan berpindah ke pejabat baru, kampus baru puncak Alam, kakak aina pun dah mula masuk tadika baru, aimi pun sama pindah ke taska baru dekat dengan rumah. Awal tahun baru memang agak menyedihkan, habis semua rutin harian berubah. Alhamdulillah kakak sangat-sangat ok, behave, dan happy di tempat baru. Namun aimi, sampai ke hari ni, dah dekat sebulan, masih muram, sedih dan moody je bila hantar pagi-pagi. Selepas hampir sebulan tempoh percubaan ni, kami suami-isteri membuat keputusan untuk kembali hantar ke taska lama. Memang agak jauh hampir sejam perjalanan untuk sampi ke pejabat, sebab laluan yang berbeza, tapi demi anak-anak, mama sanggup berkorban. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Tanggal 24 Januari lepas, genap kakak manis, Nur Aimi Farzana berusia 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, aimi membesar dengan s