Langkau ke kandungan utama

Catatan

Isu-isu menyusu ketika hamil

Saya menyusukan anak saya sejak lahir hingga sekarang (1thn3bln),saya disahkan mengandung lagi.adakah sebarang masalah akan timbul sekiranya saya terus menyusukan anak saya itu. Sehingga berapa bulankan usia kandungan saya saya perlu berenti menyusukan anak saya itu. Kadangkala saya merasa sakit/kerengsaan diputing saya ketika anak saya menyusu. Apakah faktor yang menyebabkan saya merasa sakit ini? Jawapan: Untuk kebaikan janin di dalam kandungan rahim puan, sebaik-baiknya puan berhenti menyusu badan supaya janin tersebut mendapat nutrien dan zat makanan yang secukupnya untuk proses tumbesaran. Di peringkat kritikal ini juga ,penerusan penyusuan badan boleh menyebabkan kontraksi rahim dan sakit buah dada serta puting seperti yang puan alami sekarang.   Dinasihatkan masa kandungan dah 7 bulan utk memberhentikan penyusuan sbb bila ibu menyusukan baby, ade hormon yg akan dikeluarkan dalam badan yg akan mengecutkan rahim ibu. bagi ibu yg DAH bersalin, this is good ( boleh cepat kurus

Mengandung dan masih menyusukan..

Betul.. mama masih menyusukan aina even disahkan hamil 2 minggu yang lepas.. ramai yang suruh stop especially my mom kerana takut aina diserang sakit berpanjangan, namun mama still bertahan..sedih rasa nak pisahkan aina dengan hak miliknya.. Dan mama niatkan dalam hati untuk stop sblm ramadhan tiba.. Tp xsampai hati sbb hajat hati yg xkesampaian nak susukan sehingga 2 tahun.. Lately, sudah 2 mlm, aina mengamuk dinihari xpuas menyusu..pagi2 plak meragam, menangis jer..xtau ape yg xkena..memang akhir2 ni aina kuat menangis mcm sakit2..mungkinkah sebab dia sedar ibunya mengandung dan bakal mendapat adik baru? atau mungkin sebab dia xpuas menyusu kerana susu yang amat ketara merudumnya.. mama sangat2 buntu...oleh sebab itu juga, mama da mula hentikan aktiviti mengepam di pejabat bermula minggu ni..no more fresh milk for aina kat nursery..sedih je rasa..petang2 bila sampi je kat umah, aina terus terkam mama nak nyusu..kesian betul..xleh bayang nanti cmne kalau nak fully pisahkan dia den

2nd baby is comingg...???

Yup...aina bakal dapat adik..saya mengandung lagi..8 minggu sudah..dan jangkaan due date nya awal bulan January 2012.. syukur Alhamdulillah... Berita gembira disusuli berita duka.. Sehari selepas menyedari saya disahkan positif hamil, arwah abah pergi buat selama-lamanya.. Al-FATIHAH.....dan berita gembira ini belum sempat saya ceritakan pada beliau.. Allah maha Kaya.. ada hikmah disebalik semua kejadian yang menimpa umatnya..Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini.. Perkembangan fetus - 8 minggu

AL- FATIHAH buat Ayahanda tercinta....

22 Mei 2011.... Al-Fatihah buat arwah abah tercinta pergi mengadap Ilahi buat selamma-lamanya dikala usia 54 tahun.. Betapa pilunya hati tidak dapat menatap hayatnya disaat akhir.. hanya sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Arwah meninggal jam 11.30 malam.. Saat itu kami berada di Kuala Krai dlm perjalan untuk balik melihatnya.. Ya Allah ampunilah segala kesalahan ayahku dan tempatkanlah beliau bersama orang-orang beriman dan bertaqwa.. Al-Fatihah... arwah berdiri di belakang berbaju ungu berkopiah putih..

Makna bacaan dalam solat..hayati dan fahami..;)

Allahu Akbar Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah   Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan Ketika Rukuk   Maha Su

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.  Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit. Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.    sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/breastfeeding-and-formula/bayi-mengigit/

Dugaan paling mencabar.....

Mood hari ni sgt2  la kurang..penangan gigitan putri sorg yang makin menjadi-jadi..aduhai, sakitnye sgt2 la xterkata..menjerit-jerit mama dibuatnya.. Kadang smpi rasa fobia nak bagi dia menyusu..dan terpaksa bagi juga sbb bila nampak muka ibu yang manis ni, memang haram dia nak hisap botol..pujuk la mcm mana sekalipun, sbelah mata pun dia xpandang... Al-kisahnya, dua-tiga hari ni mmg kuat sgt si kecik tu menggigit, smpi berdarah..makin kita marah, makin dia gelak..alahai..bdk sekecik tu mana nak paham kita marah ke sedih kan.. so, skang ni mama tgh berusaha mencari tips elakkan atau kurangkan bayi menggigit..xtau da nak wat cmne..fobia tau..skang time menyusu dah xseindah dulu..berdebar2 kdg tu..gigi 4 batang (2 atas, 2 bawah) yang sgt2 la mengerikan...hari ni time mengepam, nasib baik mama perasan..darah memancut dari tempat luka yg digigitnya smlm..ngerinya..nasib baik darah tu xsempat bercampur ngan EBM... Hemm, hati berdetik untuk bagi dia puting??tp byk plak persoalan..nak ke