Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillah harini selepas satu tahun 5 bulan pengalaman melahirkan anak bongsu, baru terlintas masa tengah drive tadi nak share kat blog mama ni.. Untuk tatapan anak-anak mama juga bila korang dah besar nanti ye.. Doakan mama panjang umur boleh tengok anak2 membesar, habis sekolah masuk U, grad, kahwin, dapat anak (mama dpt cucu) insyaAllah mudah-mudahan Aamiinn... Sebelum tarikh keramat 15 Jan 2018, mama beberapa kali juga ke hosp Shah Alam appoinment jumpa pakar di sana untuk pilih tarikh elective Ceasar dan mendengar nasihat pakar berkenaan BTL (Bilateral Tubal Ligation) -bahasa mudahnya ikat peranakan. Disebabkan mama ada sejarah 2 kali dah ceasar, so yg ni kali ketiga memang mama terpaksa kena csar juga.. Mula-mula rasa ralat, sedih, juga tapi atas faktor kesihatan dan untuk elakkan risiko lain yang lebih teruk, mama relakan jua :( tengak gmbr baby baru keluar ni rasa xserik tau sakit beranak tu...Subhanaallah sungguh indah ciptaanmu ya Alla