Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pengalaman bersaliln kali ke-5

Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillah harini selepas satu tahun 5 bulan pengalaman melahirkan anak bongsu, baru terlintas masa tengah drive tadi nak share kat blog mama ni.. Untuk tatapan anak-anak mama juga bila korang dah besar nanti ye.. Doakan mama panjang umur boleh tengok anak2 membesar, habis sekolah masuk U, grad, kahwin, dapat anak (mama dpt cucu) insyaAllah mudah-mudahan Aamiinn... Sebelum tarikh keramat 15 Jan 2018, mama beberapa kali juga ke hosp Shah Alam appoinment jumpa pakar di sana untuk pilih tarikh elective Ceasar dan mendengar nasihat pakar berkenaan BTL (Bilateral Tubal Ligation) -bahasa mudahnya ikat peranakan. Disebabkan mama ada sejarah 2 kali dah ceasar, so yg ni kali ketiga memang mama terpaksa kena csar juga.. Mula-mula rasa ralat, sedih, juga tapi atas faktor kesihatan dan untuk elakkan risiko lain yang lebih teruk, mama relakan jua :( tengak gmbr baby baru keluar ni rasa xserik tau sakit beranak tu...Subhanaallah sungguh indah ciptaanmu ya Alla...

Happy Birthday Nur Aini Farihah 3 Tahun

Bismillahhirrahmanirrahimm... Alhamdulillah tanggal 27 Januari 2019 genap usia anak ke-4 mama yang paling banyak celoteh mcm mak nenek berusia 3 tahun. 3 tahun tapi fizikal macam dah 5 tahun nak sama besar dengan kakak aisha dah... Mama dengan abah sempat buat majlis ringkas di rumah ibu, dan sambut sekali dengan Dhia, dan Aimi dan Anis juga, semua Januari babies :).. Ramai kan.. Terima kasih ibu sudi layan kitorg... Kami buat sambutan di rumah ibu sebab ramai orang, sepupu2 lain pun boleh datang. Jom kita layan tengok gambar. Memori kenangan untuk korang nanti bila dah besar yer.. Lots of love 😍😍😍😍💖💖 *xsempat ambik gambar kek handphone mama dah mati, habis bateri 😞😞😞😞 Happy Birthday  Nur Aini Farihah 3 Tahun

Our 10th Anniversary - Part II

Sambungan dari Part I Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-10 tahun ini. Terima kasih abah bawa mama dan anak-anak bercuti di Port Dickson kali ni.. Semoga Allah s.w.t murahkan rezeki melimpah ruah untuk abah kepada puteri-puteri berlima ini.  Alhamdulilah syukur untuk 10 tahun yang penuh bermakna, pahit manis suka duka kita berjaya tempuhi bersama.. Semoga hari-hari yang mendatang kita lebih bahagia, makin matang, bertambah sabar, dan saling melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah, Aaminn... Part I I  20 dan 21 Januari 2019 Tasik Villa International Resort PD