Alahai dah empat orang anak macam xpercaya pulak.. Sekali sekala rasa nak puji diri sendiri tak salah kan..walaupun tidak la berapa rajin sangat..bukan hari2 pun tapi entry ni harapnya dapat menaikkan semangat dan motivasi mak anak empat ni untuk rajin masak hari-hari.. :) Semalam dan harini, setelah hampir 3 minggu mula masuk pejabat selepas bersalin, macam terajin pula bangun awal masak nasi untuk bekal tengahari. semalam sempat masak gulai ayam, harini pula buat mee goreng.. Abah macam biasa buatkan breakfast untuk kami mama dan anak2 roti sandwish atau roti kaya.. Tq syg.. Sebab abah rajin la mama terpaksa rajin juga, tercabar tauuu...berebut-rebut nak masak pagi2.hehe..walaupun anak berderet, sempat mandikan anak2 (aisha pun hari2 mandi pagi sekali dgn kakak2 start mama masuk kje ni), siapkan bag anak, gosok baju sekolah, baju kerja, tudung, pakaikan baju anak2, pam susu untuk bekal baby, masak breakfast, bawa bekal lagi utk makan tengahari kami anak beranak... B...