Langkau ke kandungan utama

Catatan

Madu Minda Cergas

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni tuan tanah nak share dan promote skit pasal Madu Minda Cergas ni. Alhamdulillah setelah mengamalkannya walaupun baru sebotol, memang terbukti kebaikannya dengan izin Allah s.w.t.. Sememangnya madu adalah amalan sunnah Rasulullah s.a.w.  Dengan botol yang sangat menarik, senang dibawa boleh diletak dalam handbag, mudah diguna cuma picit sahaja terus kedalam mulut. amalkan 2 kali sehari, pagi setelah bangun tidur dan malam sebelum tidur, InsyaAllah kita akan mendapat kesihatan yang optimum. Dengan botol yang kecil comel ni jika digunakan secara teratur, boleh bertahan sehingga 2-3 bulan. Sangat jimat kan?  cubalah, rasa sekali pasti nak berkali-kali.. Bagi yang ada anak kecil dalam lingkungan setahun keatas yang sering mengalami batuk berkahak juga amat sesuai. Alhamdulillah, adik aimi yang kerap juga batuk berkahak sebelum ni, selepas diberi madu minda ni, selang beberapa minit, dia akan muntah dan segala kahak-kahak akan kelu...

cuti-cuti malaysia part II

24 Mei 2013 Cuti hari wesak dan bermulanya cuti sekolah, kakak ipar dan mak mertua pula datang ke rumah kami pada Khamis malam. Jumaat pagi-pagi tu terus bertolak ke Port Dickson. Kakak ipar yang ajak kebetulan kawan baik dia kahwin di senawang. So masuk package sekali singgah bercuti di Western Prima In Land ( nama lamanya Tiara Beach Resort) . Baru awal tahun hari tu datang sini.. ok la percutian budget dan menarik kan.. =) Adik gelak sakan, dapat makan nasi kukus ayam panggang cowboy.. Baby zikry steady jek.. excited betul budak2 ni dapat main air..padahal hujan renyai2 ni.. lasak tapi Alhamdulillah balik umah xkena demam teruk..adik demam skit xsampi sehari dah kebah..Alhamdulillah

cuti-cuti malaysia part I

CUTI 1 :18-19-20 Mei 2013  Kami sekeluarga selamat bercuti di Gambang Resort City. Plan asalnya nak stay 1 malam je 19-20 sebab mama beli groupon awal tahun hari tu dan dekat2 nak expired baru kalut2 nak cari tarikh sesuai nak pergi. Kebetulan pulak abe long n family pun ada program kat sana pada 18hb, dorg pun suruh kami join sekali tumpang bilik dorg kat sana 1 mlm. Alhamdulillah boleh la rehat2 lama skit..hehe Pertama kali datang ke sini, 3 tahun lepas. Masa tu mama dengan abah dua-dua kena join conference. Kakak aina pulak masa tu baru 3 bulan lebih. Adik ipar ada kat rumah, so kami bawa la sekali untuk tgk2 kan aina semasa dalam kursus. Now dapat pergi lagi sekali memang excited la sebab kakak dan adik dah besar, mereka pun excited sangat dapat main air. seronok tgk dorg happy.. =) Gambar pun xbyk sgt dapat snap. Boleh la share sikit kat sini. Kami stay dekat hotel baru, kolam dia cantik sgt2.. dengan pasir yang memutih. Bukan anak je happy, mak bapak pun excited seka...

Muhasabah

30 April 2013. Lebih kurang jam 4.15 petang. Sekali lagi kuda hitam kami yang baru setahun jagung usianya dilanggar orang. Untuk ke-dua kalinya. Dulu di bumper belakang sebelah kiri. Kini bumper belakang juga tapi belah kanan. Dalam hujan renyai-renyai, jalan jem, kereta yang tidak bergerak, tiba-tiba kereta kami bergegar beserta bunyi yang agak mengejutkan. SubhanaAllah, kami ingatkan kereta yang langgar, rupanya motor kapcai. india. masih muda kata suami. Kereta kami boleh tahan juga remuknya, agak dalam. Suami denga serta merta bergegas keluar dari kereta dan melihat keadaan di luar dgn hujan-hujan. Budak india tu jatuh, tgh2 hujan tu dia menyelit2 di celah kereta dan brek pula xmakan dan motornya jatuh tergolek dibelakang kereta kami. Kemek dan pecah sedikit. Nasib baik juga budak india tu xcedera. Suami tanyakan nak settle macam mana, budak india tu jawab xde duit, ada RM5 je dlm poket. Ya Allah mula-mula tu memang panas juga, geram, sakit hati. Tapi bila mengenangkan dia hanya ...

Birthday celeb' at school - Aina

   

school activities

   Buat milo sendiri ok..hehe..pandai anak mama ni..  Playing origami sama kawan-kawan..seronokkk!!  Origami lagi tapi asal muka mencuka pulak kakak?     "Aktiviti yang paling-paling best yang saya suka ialah baking!!! yeayyyyy!!" - aina farisah

Aina 1st Trip

As-salam.. Pagi tadi tepat pukul 7.30, mama dan abah bergegas;hantar kakak ke skolah. Hari ni sekolah kakak ada buat lawatan ke muzium coklat, domino piza, planetarium dan pusat sains negara. Baru 3 tahun dah ikut lawatan sekolah. budak zaman skarang. Mulanya mama xberani nak bagi di join, tapi lepas dimaklumkan hanya 4 orang je pelajar yang seusia aina yang ikut, bersama seorang teacher, serta budak2 tadika smart soleh dan guru2 tadika yang lain, kami benarkan beserta dengan sedikit bayaran tambahan untuk makan dan insuran. Mama harap kakak happy dan dengar cakap ibu dan teacher lain disana ya..