Hari ni 13 December 2019 hari jumaat.. tiba-tiba je tengah lunch sesorang tadi terasa shahdu..teringat tarikh yang sama beberapa tahun yang lepas.. Biasanya sejak dari 10 tahun yang lepas, time-time hujung tahun ni mama dah sarat, sama ada dah 25 minggu atau 32 minggu.. saje je kan, ahaks... Alhamdulillah syukur dah ada 5 orang puteri ni pun dah tak menang tangan. Penat tak leh nak bincang, tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan..kalau fikir logic 10 tahun lepas macam tak percaya je sekarang anak dah 5.. Mengandung senang, membesarkan tu mashaAllah sangatlah mencabar.. Doakan ye kawan-kawan semoga urusan kami ibu-ibu zaman moden milenia ni berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang solehah dan berbakti pada agama dan negara...insyaAllah amin.. Okla sambil-sambil teringat tu meh la kita layan gambar-gambar saat berbadan dua untuk melepas rindu gitewww :) Kenangan 2 tahun lepas di Bukit Bendera Pulau Pinang.. Kalau tak silap 1 okt 2017. Dapat jumpa kawan baik mama zaman ...