Alhamdulillah dijodohkan dengan insan yang memahami dan dapat menerima diri ini seadanya.. Lengkap melengkapi paling utama.. Terima kasih cintaku, suamiku.. Moga syurga rumahtangga kita.. Benar, jodoh itu rahsia Allah.. Terbang jauh mencari rupanya hanya didepan mata.. Lebih 6 tahun hidup bersama, namun insiden yang mencetuskan jodoh kami kekal segar dalam ingatan.. 3 tahun kenal sebagai teman sekelas waktu diploma, 2 tahun teman sefakulti, namun tak pernah terdetik bakal hidup bersama. Allah sebaik-baik perancang yang menggerakkan dan membolak-balikkan hati.. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang kau beri, dipermudah segala urusan kami dari detik awal rancangan kami untuk berumahtangga kerana niat cuma satu, bercinta hingga syurga. Berikut sedikit perkongsian perihal jodoh yang mama suka share disini.. Untuk bacaan umum.. ********************************************************************* Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi ba...