Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Santai di Setia City Park

Entry pertama tahun 2014. Alhamdulillah. Selamat menyambut tahun baru semua.. banyak nak story pasal tahun baru ni.banyak benda berlaku dan bermula pada tahun baru 2014. Mama diarahkan berpindah ke pejabat baru, kampus baru puncak Alam, kakak aina pun dah mula masuk tadika baru, aimi pun sama pindah ke taska baru dekat dengan rumah. Awal tahun baru memang agak menyedihkan, habis semua rutin harian berubah. Alhamdulillah kakak sangat-sangat ok, behave, dan happy di tempat baru. Namun aimi, sampai ke hari ni, dah dekat sebulan, masih muram, sedih dan moody je bila hantar pagi-pagi. Selepas hampir sebulan tempoh percubaan ni, kami suami-isteri membuat keputusan untuk kembali hantar ke taska lama. Memang agak jauh hampir sejam perjalanan untuk sampi ke pejabat, sebab laluan yang berbeza, tapi demi anak-anak, mama sanggup berkorban. InsyaAllah semoga dipermudahkan. Tanggal 24 Januari lepas, genap kakak manis, Nur Aimi Farzana berusia 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, aimi membesar dengan s...