Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Sri tujuh!!

Balik kampung minggu lepas, sempat lagi singgah ambil angin di pantai sri tujuh.. Adik 1st time dtg sini.. Kakak dah 2 kali rasanya.. Pantai kat sini xbyk berubah.. Gerai2 makan makin bertambah.. Singgah sebentar je otw ke pengkalan kubur nk cari tudung comel kakak.. Mulanya kakak excited tgk air, tapi bila da sampai tepi pantai, nangis tgk ombak.. Dia nangis, kitorg gelak.. Teruk betul.. Adik pula terlebih seronok, beria nk turun merangkak atas pasir.. Tak tercontrol mama, asyik mengeliat je nk turun main air.. Dengan panas2 terik.. Lepak sekejap jer pastu teruk gerak ke pgkln kubor..

Selamat 1 tahun adik !!

24 Januari 2013, tarikh yang sama sambutan Maulidur Rasul, genaplah umur si puteri ke-2 Nur Aimi Farzana setahun.. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat buat anak kecilku dan kami sekeluarga. Pada tarikh tersebut, kami semua berada di kampung sempena cuti panjang Maulidur Rasul dan cuti thaipusam. Kebetulan birthday aimi selang beberapa hari je dengan birthday tok abahnya, maka kami sekalikan kek tersebut.. Tiada majlis besar-besaran, sekadar kek kecil untuk menceriakan suasana dan menghiburkan kanak-kanak yang ada.. =) Selamat ulang tahun pertama adik. Semoga Allah memberkati dan merahmatimu sayang.. LOVE you so much adik !!!

Happy 4th Anniversary to Us !!!

Tanggal 22 Januari 2009, hari khamis, malam Jumaat mama dan abah telah disatukan di hadapan tok imam Masjid Ismaili Tumpat Kelantan. 4 tahun berlalu, masih segar kenangan itu dalam ingatan. Syukur ya Allah, walau terkadang ada pahit namun manisnya lebih indah. Suka duka alam rumahtangga telah mematangkan kedewasaan kami. Ditambah dengan 2 orang puteri yang comel dan cerdik, menambahkan erti dan tujuan hidup kami. Syukur ya Allah, tanpa redha-Mu pasti kami gagal. Berkatilah dan limpahkanlah rahmat-Mu ya Allah buat kami sekelaurga dan seluruh umah Islam. AMinnn ya rabb... Secebis kenangan sepanjang majlis Akad nikah mama kongsikan di sini.. Terima kasih buat mereka yang sentiasa memberi sokongan dari segi moral dan fizikal. Salam sayang buat semua..LOVE !!!! Majlis nikah yang sangat sederhana..tanpa mak andam (make-up sdiri), tanpa photographer professional (sdiri juga), namun segalanya berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..

Rumah kecil kami #3

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah, sabtu lepas berpeluang melawat tapak rumah lagi. Kebetulan umi dan abah datang, mereka pun beria nak pergi tengok rumah. Jom tgk gambar progress. Rasanya dah hampir 80% hampir siap. Tinggal lagi pasang pintu, tile, pagar, dan finishing jer.. Paling mama suka bila tgk kat dapur dia dah sediakan tablle top untuk sinki.. Alhamdulillah, jimat lagi kos nak upah kontraktor buat benda alah tu.. Boleh la nt abah DIY je pasang kabinet murah-murah beli kat IKEA.. =) As usual, bila bergelar photographer yg xbertauliah ni, gambar sdiri xde org nak ambik..so sad.. =( tp nak letak jgk la gambar lama ni masa previous visit.. =) pun kena ambik sdiri.. hukhuk

Aina with her new uniform

1st day pkai uniform..tak dapat nk letak gambar full uniform ni sbb blur sgt2,, yg ni je paling cun..uhuh.. nt mama ambik gmbr lain ye syg.. Dialog mama dan kakak petang semalam :- Mama : Kakak, slow sikit adik nak tdo ni.. Kakak : mitak tolong la.. Mama: ok ok.. Kakak sayang, mama nak mitak tolong, slow kan sikit (ipad) tu, adik aimi ni nak tdo. kesian adik.. Kakak : Ok mama.. (sambil menarik jari ke skrin ipad dan perlahankan sound) Mama : terima kasih kakak. Kakak : sama-sama. Shahdu dan berbunga-bunga hati mama bila kakak dah makin cerdik bercakap. Love u so much sayangg ♥ ♥ ♥ !!!

Dhiya 1st birthday

Dhiya Nur Humaira Dhiya ni sepupu aina dan aimi. Lahir pada 13 Januari 2012. Saat mama sarat mengandungkan aimi, Dhiya lahir dahulu. Setahun berlalu. Masih segar dlm ingatan saat mama dan aina pergi melawat Dhiya di HUKM. Time tu abah aina balik kampung sebab nak bawa pinjam kereta tok abah. Kereta lama dah di beli orang saat mama sarat mengandung adik 9 bulan. Bahaya betul da cukup bulan, xde transport pula. EH, jauh plak terbabas. nak cerita pasal birthday Dhia, habis meleret benda lain.. Ok dhiya, ni je gambar yang mommy sempat snap time birthday dhia hari tu.. Dhiya moody, tgk ramai orang dan melekat ngan ibu jer, nak bergambar santek2 pun xsempat.. SPecial menu sempena birthday Dhiya, mommy masak nasi carrot dengan kurma daging dan ayam masak merah. Ibu Dhiya pula buat Laksa Penang Special dan cake coklat.  Happy BIrthday DHIYA !!!, moga menjadi anak solehah, dan cepat-cepat berjalan ya syg.. =) 13 JANUARY 2013 ALAM DAMAI Homemade special cake from ibu Dhiya.. ...

Aina 1st day @ Playschool

Pagi ni semua kelam kabut.. Kakak pun bercinta nak bangun gara-gara tido lewat semalam. Nasib baik mood kakak elok jer bila mama paksa bangun dan tanggalkan baju seluar dia nak mandi. Itu la awal-awal lagi semalam mama da pesan tdo awal-awal esok nak skolah, tp kakak tdo lewat jugak, pukul 1 pagi duk layan tgk video buat kek lagi.. Hari ni g school habis muka bengkak-bengkak xcukup tdo.  Sekarang bila kakak dah start masuk playschool ni, pagi2 da kena mandi kat rumah pakai baju siap-siap. Baju skolah kakak mama tnye tadi dorang cakap xsiap lagi.. Da siap nanti mesti comel kakak pakai baju sama dengan kawan-kawan. Pagi-pagi kakak dan kawan2nya akan main sendiri dan buat aktiviti bebas dulu. Pukul 10-11 pagi baru start belajar. Ok la bagi budak 3 tahun kan? Belajar sejam sehari, the rest aktiviti bermain jer. nama pun dah playschool. For sure banyak play-play.. Mama xsabar nak tunggu kakak bercerita aktiviti kakak dan kawan2 kat school nanti. Kat sini budak-budaknya xseramai t...

Playschool @ taska ?

Kepala mama tengah pusing... Berkira-kira untuk hantar kakak ke playschool atau stay taska lama je? Sebelum ni mama plan bila kakak dah free pampers, budget pampers tu boleh la mama topup utk playschool.. Now da masuk minggu ke-2 2013, kakak masih di TASKA lama. Pampers? Alhamdulillah kakak dah free, cuma time tido jer pengasuh dia pakaikan. Mama bekalkan 3 keping pampers kadang pakai sekeping jer. So memang dah kurg budget utk pampers, boleh sgt nak topup playschool tu. Tapi, rasa macam terlalu awal plak. Bulan 3 ni kakak genap 3 tahun. Mama perlu maklumat detail pasal playschool tu, jadual harian dia. tengok kesesuaian dengan umur dan minat kakak. Jika mama hantar kakak dari umur 3 tahun hingga 4 tahun, 5 tahun baru mama hantar kakak ke pre-school.. Now, kakak pula sangat gemar bermain play-doh dan layan video kat utube baking cake.Hari-hari dari pagi sampi petang khusuk je duk uli play-doh tu..hehehe.. master-chef in making... =) Karipap coklat n choc-chip open for or...

Riadah hujung minggu #1 2013

Minggu pertama tahun 2013, abah beria ajak berbasikal di Bukit Cerakah atau nama panjangnya - Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Plan awal nak gerak kul 8 dari rumah, breakfast dulu baru kayuh basikal.. tapi hari kejadiannya, siap-siap kul 10 lebih baru kami sampai ke sana. Cuaca boleh tahan, panas skejap2, namun redup juga sebab banyak pokok-pokok rendang.. =) Tiket masuk masih kekal RM 3. Kali pertama mama masuk bukit cerakah time belajar dulu pun tiket RM3 juga. Dah lebih 5 tahun. Cuma tiket Masuk rumah 4 musim je dah naik dari RM3 ke RM5. Kiranya masih sangat murah lagi jika nak compare dengan kadar inflasi semasa kan? Usai membeli tiket masuk dan tiket rumah 4 musim, kami terus berjalan ke kaunter sewa basikal. Kadar sewanya juga berpatutan. Sejam pertama RM5, dan tambahan RM1 bagi jam berikutnya. Awalnya mama naik bersama kakak, tapi sampia je separuh jalan, adik menangis-nangis xnak duduk dengan abah.. Abah bawa adik dengan carrier di belakang. Adik pula macam ...

Welcome 2013