Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Makna bacaan dalam solat..hayati dan fahami..;)

Allahu Akbar Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah   Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan Ketika Rukuk  ...

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit

Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.  Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit. Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.    sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/breastfeeding-and-formula/bayi-mengigit/

Dugaan paling mencabar.....

Mood hari ni sgt2  la kurang..penangan gigitan putri sorg yang makin menjadi-jadi..aduhai, sakitnye sgt2 la xterkata..menjerit-jerit mama dibuatnya.. Kadang smpi rasa fobia nak bagi dia menyusu..dan terpaksa bagi juga sbb bila nampak muka ibu yang manis ni, memang haram dia nak hisap botol..pujuk la mcm mana sekalipun, sbelah mata pun dia xpandang... Al-kisahnya, dua-tiga hari ni mmg kuat sgt si kecik tu menggigit, smpi berdarah..makin kita marah, makin dia gelak..alahai..bdk sekecik tu mana nak paham kita marah ke sedih kan.. so, skang ni mama tgh berusaha mencari tips elakkan atau kurangkan bayi menggigit..xtau da nak wat cmne..fobia tau..skang time menyusu dah xseindah dulu..berdebar2 kdg tu..gigi 4 batang (2 atas, 2 bawah) yang sgt2 la mengerikan...hari ni time mengepam, nasib baik mama perasan..darah memancut dari tempat luka yg digigitnya smlm..ngerinya..nasib baik darah tu xsempat bercampur ngan EBM... Hemm, hati berdetik untuk bagi dia puting??tp byk plak persoalan..na...

Membentuk anak pintar dan tinggi akhlaknya

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  S.W.T yang cukup berharga kepada Ibu bapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w : " اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ". Maksudnya :  “  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah,...