Si MANJA anda akan melihat dan belajar sepanjang hayatnya. Tetapi tahukah anda bahawa si manja anda perlu belajar untuk melihat? Sebagai ibu bapa, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu perkembangan penglihatan si manja. Pertama sekali, penjagaan dan pemakanan semasa mengandung boleh membantu menjamin penglihatan yang baik sebelum si manja lahir. "Penglihatan bukan semata-mata keupayaan untuk melihat dengan jelas. Penglihatan melibatkan koordinasi mata-ke-otak, iaitu keupayaan otak untuk memproses apa yang dilihat oleh mata dan memahami maknanya. Penglihatan adalah satu proses yang kompleks, membabitkan fungsi mata, fungsi neurootot, dan juga koordinasi mata dengan otak. Sejak dari saat bayi lahir, penglihatan memainan proses penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan prestasi harian. Kajian umumnya mendapati 80 peratus daripada pengetahuan kanak-kanak sepanjang 12 tahun pertama diperoleh menerusi penglihatan,拻 kata Pakar Ortoptik, K.C. Chu. Menurut Chu, pe...