Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aina aimi

Adik kakak together

Cepatnya masa berlalu..dua-dua pun dah besar.. adik dah pandai berlari, dah xmau didukung lagi..banyak benda nak buat sendiri.. Kakak pun semakin berdikari.. Bila anak-anak dah besar begini mula la teringin nak tambah lagi.. ada rezeki kami terima dengan berbesar hati... menanti boboy pula dalam famili... Next year kami usaha lagi..  =) Adik menjerit lemas dipeluk oleh kakak yang chubby..hehehe.. Tgu la adik besar skit lagi kakak plak lemas kena peluk ngan adik..hihihi.. Gambar lama dua beradik tengah tunggu nak facetime ngan abah.. Gambar blur pun nak letak juga masing2 xduduk diam..makin besar ni lagi susah nak amik gambar sama-sama..adik kemain lagi aktif xleh duk diam..kakak da besar ni makin pemalu bila mama nak amik gambar je dia lari..hahahaha

Yeay, adik da tumbuh gigi !!!

Akhirnya, setelah menunggu sekian lama, gigi sulung adik telah menjelma jua. Walau agak lewat dari teman-teman seusianya, mama lebih suka gigi adik tumbuh lambat, senang nak jaga sebab da besar..=) *sebab utamanya bila ada gigi jenuh mama nak ngelak cik 'B' digigit oleh adik, dush-dush sakit amat!! =( adik chomel mamcam mama kan? Eh, mana giginya xnampak pun..heheh Walau gigi dah mula tumbuh dan sudah hampir 4 bulan adik merangkak dengan sangat lajunya macam ketapi, namun adik tidak pula menunjukkan minat untuk berjalan sendiri lagi.. Takut pula nak berdiri sendiri dan cepat2 dia duduk bila mama lepas. Oh adik! mama ingatkan seawal 9 bulan kamu dan boleh berlari.. Sangkaan mama meleset rupanya.. Adik lebih selesa merangkak dan memanjat, dan belum bersedia untuk main kejar-kejar dengan kakak lagi.. Tidak mengapa sayang, asalkan kamu semakin sihat dan sentiasa murah dengan senyuman yang bikin hati mama cair meleleh memandangnya... =) Kakak buat muka, adik lak terkezut,

Oh, adik nak masuk 10m !!!

Alahai sekejap sungguh masa berjalan.. Adik oh adik, hujung bulan ni dah 10 bulan kamu nak.. banyaknya mama terlepas pandang, after 6 months, langsung xde progress yg mama catatkan utk adik. berat adik sekarang mama agak-agak dlm 8kg ++ kot..balik nt kita timbang ye nak. Kakak pun sama, banyak progress yang xsempat untuk di update sebab terlalu asyik menghabiskan masa melayan kerenah mereka berdua..  Adik tersangat manja, tiap kali nak hantar ke nursery bila nampak je school, adik akan pegang erat bj mama dan memalingkan muka.. Langsung tak mahu lepas, walaupun dah hampir 6 bulan mama tinggalkan adik di taska hari-hari, adik tetap menangis bila kakak-kakak school tu ambil dia. Kesian sungguh mama tgk.. adik memang sangat manja dengan mama, dan kakak pula sejak ada adik ni tersangat la rapat dengan abah.. Lepas balik kampung raya haji lepas, adik baru nak dengan abah. Sebelum ni abah ambik je menangis, nak dengan mama juga.Adik masih kecil, mungkin sebab mama banyak habiskan ma

Adik 7 months ++ dan kakak 2 tahun 5 bulan

Masa berjalan sangt pantas.. Pejam celik dah bulan 9.. Usia adik pun dah masuk bulan ke-7.. mcm xpercaya jer.. Kakak pula ramai yang tegur mcm dah umur 3-4 tahun even baru nak masuk 2 tahun setengah.. Lepas balik dari kampung, selera kakak makin bertambah.. Dia suka sangat makan nasi yang heavy2 like nasi karot, nasi hujan panas, dan nasi beriani.. Makan bertambah-tambah..selera betul..seronok suap kakak makan..=) Adik manis pula, start dari 6 bulan dah laju merangkak.. Now 7 bulan dah mula belajar bertatih.. banyak kali dah jatuh tapi xserik2.. Selalu bila merangkak laju jer dia cari tempat nak berpaut dan berdiri.. sambil merangkak, sambil kutip barang.. Mama risau sangat sebab dia suka masukkan barang dalam mulut.. semalam terjumpa petua nak elakkan baby suka kutip brg masuk dalam mulut, tp belum cuba lagi.. InsyaAllah petang ni mama test ok.. Mulut adik pun makin bising, lancar panggil abah dengan "Aa- VAH  ".. Mama belum pandai lagi.. Maybe kat rumah yang paling banyak