13-15 Disember 2021 Santai Riverside Janda Baik, Pahang Pengalaman pertama kami suami isteri dan anak5 ber camping di Santai Riverside Janda Baik 3H2M, setelah berjaya di'racun' oleh kakak dan abang ipar and the gangs :) Group kami terdiri dari 6 family dengan anak masing2. Pengalaman baru, pertama kali setting khemah semua, tapi berbaloi.. Pengalaman yang sangat best, anak5 happy semuanya, bebas bermain kat padang, dekat dengan alam, tempat sangat bersih, owner pun peramah, rajin datang bersembang dengan kami bercerita macam2 :) Rata-rata yang pernah datang akan repeat lagi macam kakak dan kawan2 dia ni datang kali ke-2.. 1st dia datang camping kat sini kalu xsilap baru bulan lepas :) Kat sini, tandas banyak, surau besar, kawasan luas siap ada padang untuk anak2 berlari bermain sepuasnya.. Macam-macam konsep ada, boleh pilih nak yang mana, tepi sungai ada, tepi padang ada, atas tanah, atas simen, beratap bumbung ada, beratap langit pun ada. Alhamdulillah pengalaman pertama we...