Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Kenduri Nikah Faiz Part 2

Majlis sambut menantu @ adik ipar di rumah kami di Klang 30 Ogos 2020 , Ahad.. Alhamdulilah, majlis selang sehari je, nikah 29 Ogos, kenduri belah family lelaki 30 Ogos 2020.. Memang agak kelam kabut, dan penat juga tapi alhamdulillah rasa syukur sangat sebab ramai saudara yang datang.. mak saudara, sepupu2 ramai yang datang , full house rumah kami.. terima kasih semua..  Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai, siap bawa makanan kuih muih macam-macam lagi.. Ada yang bawa cream puff, keropok cheese, kek batik, mak mertua pun datang dari jauh bawa ketupat, rambutan, jambu Alhamdulillah... 

Kenduri nikah Faiz Part 1

Majlis akad nikah dan kenduri sebelah pengantin perempuan 29 Ogos 2020.. Terima kasih pada semua saudara mara yang hadir mengiring pengantin lelaki, adik no 6 kami , Mohd Faiz.. Simpan sini koleksi gambar untuk kenangan majlis nikah PKPP.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. Syukur walaupun persiapan last minute, semua dipermudahkan.. Mohon maaf jika ada yang terkurang dan salah faham masa majlis berjalan.. Tugas mama jadi driver pengantin lelaki pagi tu, abah drive bawa budak2 kereta satu lagi ...Terima kasih semua...

Resepi Burnt Cheese Cake Mudah

Assalamualaikum.. Dah bosan makan kek coklat, harini kita cuba buat kek yang viral tu BURNT CHEESE CAKE pula ye. Mula-mula nak buat tu rasa macam susah je kan, bahan dia pun boleh tahan, tapi bila dah berjaya buat sekali, rasa nak buat hari-hari.. Mama share dan simpan kat sini untuk rujukan hari mendatang dan rujukan anak-anak bila dah besar nanti ye.. Terima kasih pada yang share kan resepi ni kat facebook dan youtube.. Sapa nak try boleh guna resepi kt gmbr last skali tu ye..  😊 😊 👍 👍 👍 Suhu oven tu depends on oven masing2 ada yg jenis cepat panas, ada yg kurang, so pandai2 adjust ye. Macam oven kat rumah ni cepat panas, so suhu kena kurang skit dari 200 celcius asal kami rendah kan sikit ke 175, masa pula 40 minit kami kurangkan ke 30 minit..  👌 👌 👌