Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan

Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat. Sekita

Jalan-jalan naik Komuter

28 November 2015, Sabtu,  Dah lama mama dgn abah duk plan nak bawa anak-anak merasa naik public transport, bas atau keretapi dan baru tertunai plan kami ni Sabtu lepas. Tapi sayang kakak dah balik kg, tinggal aimi dan aisha je. Naik komuter dari Padang Jawa ke Subang Jaya. Walau cuma xsmpi 15 minit, berada dalam komuter, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati pengalaman tersebut. Sampai di Subang, kami berjalan kaki pula ke shopping mall subang parade kat belakang stesen tu. Mama mengidam nak makan cheese cake secret resepi, abah makan cake durian2,dan kak ngah aimi dapat makan aiskrim.  Alhamdulillah semua happy cuma kak ngah meragam sekejap sebab x jumpa cari belon bila nampak ada budak lain bawa belon.. Jenuh juga nak pujuk kak ngah, last2 dia cool sdiri lepas berguling2 skejap.. Nampak mainan dlm McD nak main pula time nak balik dah, pujuk lagi last2 dia ok.. Skejap je lepas makan cake dan solat, kami terus balik sebelum hujan ptg2.. 

Lima Minit Selepas Kelahiran

Lima Minit Selepas Kelahiran Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membu atkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri. Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu 1. Tali pusat bayi dipotong. 2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan. 3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim. 4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya. 5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya be

Tips Bersalin Normal

Tips Bersalin Normal  heart emoticon Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri 5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. 6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. 7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. 8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. 9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing ya