Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka...

Isu PTPTN/CCRIS.

Pada dasarnya, hutang apa-apa pun wajib dibayar.. bayangkan orang pinjam dengan kita, lepas tu tak nak bayar balik ? apa rasa kita ? Bagi pendapat saya, sesiapa yang mengambil pinjaman PTPTN, tapi tiada niat untuk bayar balik walaupun berkemampuan, dia sebenarnya telah berlaku zalim. Kenapa? Zalim kerana tidak berlaku adil kepada orang lain yang sama-sama membuat pinjaman PTPTN, tapi orang tu boleh buat bayaran balik bulanan, tapi kita tak nak bayar hanya menggunakan alasan dikenakan cas perkhidmatan 3% / 1%(ujrah). Kalau dah mampu beli kereta, beli rumah sampai dua,tiga biji, tapi nk bayar RM100 sebulan pun payah. Adil tak kepada orang lain yang bayar balik ? Berkenaan cadangan untuk senaraikan nama peminjam PTPTN dalam CCRIS, ada pro dan kontra. Bagus jika peminjam tersebut, 1)Bekerja 2)Telah mempunyai kereta dan rumah, namun tidak pernah membuat bayaran balik PTPTN. Tidak bagus kepada peminjam yang masih lagi dalam proses untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, atau baru seta...

Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan bicara, saya dan keluarga menyusun jari, mohon ampun dan maaf zahir batin buat semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali kami walau dimana saje berada. Juga tidak lupa ucapan Selamat hari Raya Aidil Fitri. Semoga hubungan persaudaraan dan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Alhamdulillah, raya tahun ni disambut dengan penuh sederhana, tiada tema pakaian sedondon. Tapi untuk anak-anak belum habis lagi pakai pakaian raya. macam terlebih shopping pula sebab kumpul awal sebelum ramadan lagi dah start beli sikit-sikit time ada sale murah-murah.. =) Malam raya last puasa keluarga mertua sponsor kami dan adik beradik yang lain berbuka puasa di Restoran Chiangmai di Kota Bharu. Raya pertama awalnya plan untuk beraya di rumah mek, tapi di cancel saat akhir sebab iftar bersama keluarga mertua ni. Terpaksa la mengalah lagi.. Nasib baik kami rumah keluarga kami jaraknye xjauh dan tidak di kawasan yang laluannya sesak teruk....