Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantai Sri Tujuh

Cuti panjang sempena krismas dan Maulidur Rasul, kami sekeluarga balik kampung untuk ambil kakak. Ikutkan mama xlarat, dah 34 minggu, lagi 2 minggu dah cukup 9 bulan, dengan bag baby dan bag mama sdiri pun xsiap packing lg.. Baju-baju baby pun mama baru siap cuci, tak sempat lagi nak lipat, susun2 kemas dlm bakul.. Aduhai mak anak 3 ni memang besar tanggungjawab dan tugas nya.. Harini memang kena pulun juga kemas siapkan bag baby dgn mama stanby letak dlm kereta.. Esok confirm nurse tanya lagi dah siapkan belum persiapan nak bersalin?..kalau x jenuh kena tadah telinga dgr lecture dari nurse yg sangat caring dan prihatin tu..hehehe Ok kita sambung balik topik utama tadi, time balik haritu tak banyak sangat tempat kami pergi, khamis dengan jumaat duk lepak kat rumah je sebab mama sakit badan, lenguh duk dlm kereta, silap mama duk belakang, xleh adjust kerusi untuk bersandar, baby pun stress xbebas nak bergerak dlm perut ni kan.. sampai2 rumah perut duk mengeras je, penat, sakit urat

Kids 1st movie - The Good Dinosaur

13 December 2015, Sunday.  The Good Dinosaur.  Golden Screen Cinema, Setia City Mall Last 2 weeks, mama dgn abah bawa anak-anak (aimi dengan aisha je, kakak duk kg lg) enjoy their 1st movie at Cinema. Kebetulan abah dapat free 2 keping tiket (members birthday - register online Golden Screen Cinemas) dan cuti panjang sempena birthday Sultan Selangor dan Selangor menang bola lagi, kami bawa la anak-anak keluar tgk wayang. Adik dalam kereta otw nak g setia city mall, lepas breakfast makan roti canai dengan nasi.. :) Alkisah dlm panggung plak, adik masa tgh iklan tu ok steady lg layan tgk iklan, start je movie mama tgk dia dah tumbang, nyenyak je tdo atas riba abah...hahahhaaha.. Habis movie elok2 plak dia buka mata, jalan sdiri turun keluar dari panggung.. Kak ngah Aimi, layan elok je tgk, tp muka kelat takut-takut.. Maybe takut dinosaur tu keluar dari skrin kot, cuak je muka dia..sambil tgk sambil makan popcorn..habis sebekas tu.. ok la dorg behave, adik tido, kak ngah du

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan

Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat. Sekita

Jalan-jalan naik Komuter

28 November 2015, Sabtu,  Dah lama mama dgn abah duk plan nak bawa anak-anak merasa naik public transport, bas atau keretapi dan baru tertunai plan kami ni Sabtu lepas. Tapi sayang kakak dah balik kg, tinggal aimi dan aisha je. Naik komuter dari Padang Jawa ke Subang Jaya. Walau cuma xsmpi 15 minit, berada dalam komuter, sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati pengalaman tersebut. Sampai di Subang, kami berjalan kaki pula ke shopping mall subang parade kat belakang stesen tu. Mama mengidam nak makan cheese cake secret resepi, abah makan cake durian2,dan kak ngah aimi dapat makan aiskrim.  Alhamdulillah semua happy cuma kak ngah meragam sekejap sebab x jumpa cari belon bila nampak ada budak lain bawa belon.. Jenuh juga nak pujuk kak ngah, last2 dia cool sdiri lepas berguling2 skejap.. Nampak mainan dlm McD nak main pula time nak balik dah, pujuk lagi last2 dia ok.. Skejap je lepas makan cake dan solat, kami terus balik sebelum hujan ptg2.. 

Lima Minit Selepas Kelahiran

Lima Minit Selepas Kelahiran Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membu atkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri. Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu 1. Tali pusat bayi dipotong. 2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan. 3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim. 4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya. 5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya be

Tips Bersalin Normal

Tips Bersalin Normal  heart emoticon Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri 5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. 6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. 7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. 8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. 9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing ya

Luahan hati isteri buat suami....

Allahuakbar... Sangat terkesan dengan nukilan dari Ustazah Nurhafizah Musa ini. Rasa insaf dan berdosanya diri. Bila ego dan marah menguasai diri. Kena rajin baca dan muhasabah diri. Kita insan yang tidak sempurna, banyak berbuat silap dan dosa, namun janag pernah putus asa untuk berusaha menjadi anak, isteri dan ibu yang terbaik. Semoga Allah permudahkan niat yang baik buat kita semua.  Sebelum tu mohon share ya Ustazah. Copy dari FB page Ustazah Nurhafizah Musa. Jutaan terima kasih ustazah untuk ilmu dan tulisan yang sangat menikam jiwa ini. SUBHANALLAH. Sesekali, tanyakanlah pada pasanganmu.... 🌸 🍀 🌸 🍀 🌸 🍀 🌸 🍀 🌸 🍀 🌸 🍀 🌸 Wahai suamiku, Mahukah engkau untuk menjadi saksiku di akhirat kelak, di hadapan Allah menyaksikan bahaw a... Bahawa isterimu ini telah BERUSAHA MENCUBA untuk menjadi isteri yang terbaik. 🍃 🍃 🍃 🍃 🍃 🍃 Engkau pernah melihat airmataku.... Tersedu sedan memohon redhomu.. Engkau pernah mendengar esak tangisku.... Saat be

Taman Botani lagi...

11 Oktober 2015, kami ke Taman Botani Shah Alam lagi. Kali ni kami bawa mak long, pak long, Dhia dan Dhalia jalan-jalan ke sini. Walaupun cuaca agak berjerebu, menikmati suasana hijau disini seperti di kampung dan dalam hutan maka kurang la sikit rasa bahang jerebu tu jika dibandingkan jerebu di tengah bandar. masing-masing teruja tengok rusa dari dekat :) Bau dia boleh tahan, najis merata-rata kan.. Bagi makan rumput yg dikutip kat tepi-tepi tu..Kalau jual makanan rusa ni laku ni orang beli bagi makan sendiri kan.. Jinak juga rusa ni tak takut orang :) Dah penat berjalan kita posing kat depan ni. Mak buyung je yg ready nk bergambar, anak-anak semua gmbr belakang haha kesian Dhia tak sihat pun semangat nak berjalan tu.. Seronok anak-anak tengok replika model rumah melayu lama..cantik-cantik design nya. Yang ni burung kakak tua yang rajin bagi salam :) Comelkan ? Tak puas tgk rusa :) Ni kuda padi kot kecil cenonet jer  Sambil-

Telekung budak murah

Assalamualaikum semua... Ada ibu-ibu mommy-mommy yang masih mencari-cari telekung untuk anak yg murah dan selesa? Telekung budak berwarna untuk anak-anak comel anda. Sesuai dari 3-7 tahun. Material lycra yang sejuk dan selesa. Hanya RM 35. COD sekitar Meru, Shah Alam dan Puncak Alam. PROMOSI Belian 2 pasang keatas anda layak untuk mendapat FREE POSTAGE. Berminat? Whatsapp 0192185668.. Available color : Pink  Dark Purple Dark Brown Peach Dusty Pink (sold)

Cameron Highland part -2

Day 2:  24 Ogos 2015 Subuh di Cameron tersangatlah sejuk. Water heater di hotel plak buat hal, panas skejap je, lepas tu sejuk, tekejut mama nak mandi smpi menggigil kena air..huhu..tunggu2 air panas tp xpanas juga, mama salah setting ke apa, smlm ok jer. last2 mama jerang air dlm kettle letrik jer, campur dgn air paip. Lepas solat subuh, abah keluar dengan kakak je cari sarapan bungkus, nak tunggu aisha dgn aimi bangun dan siapkan dorang plak mau sejam jgk. Rugi masa, mama pun xlarat sgt nak bejalan, simpan tenaga nak jalan-jalan kejap lagi dekat Bee Farmn dengan taman Rama-rama plak..heheh LEbih kurg pukul 9 pagi, kami siap dan bergerak ke point seterusnya, Bee Farm. Awal sangat hanya kami berlima je pelawat pagi tu.