Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Cameron Highland part -2

Day 2:  24 Ogos 2015 Subuh di Cameron tersangatlah sejuk. Water heater di hotel plak buat hal, panas skejap je, lepas tu sejuk, tekejut mama nak mandi smpi menggigil kena air..huhu..tunggu2 air panas tp xpanas juga, mama salah setting ke apa, smlm ok jer. last2 mama jerang air dlm kettle letrik jer, campur dgn air paip. Lepas solat subuh, abah keluar dengan kakak je cari sarapan bungkus, nak tunggu aisha dgn aimi bangun dan siapkan dorang plak mau sejam jgk. Rugi masa, mama pun xlarat sgt nak bejalan, simpan tenaga nak jalan-jalan kejap lagi dekat Bee Farmn dengan taman Rama-rama plak..heheh LEbih kurg pukul 9 pagi, kami siap dan bergerak ke point seterusnya, Bee Farm. Awal sangat hanya kami berlima je pelawat pagi tu.

Bulan madu with kids - part 1

Cameron Highland Day 1  : 23 ogos 2015 Bertolak dari rumah jam 7 pagi. 4.30 mama bangun siapkan bekal. Makaroni spiral goreng, nasi lemak, nugget goreng dgn sosej. 10.30 selamat tiba di lata iskankar, singgah piknik dan mkn bekal kat sana. Gambar ni awalnya kakak yang offer nak ambik gmbr mama dgn abah dia, kami xperasan ada minah saleh (cantik sgt) duk tgk kami bergambar, then masa kakak nak ambik gmbr, dia offer nak tolong ambilkan gambr kami 1 family. Sukanya hati tak terkira, dalam hati duk puji baiknya dorg kan.. ni kali ke-2 seingat mama, mat salleh dtg offer nak tolong ambilkan gambar.  :) Lepas makan dan bergambar, kami truskan perjalanan ke Cameron Highland. Sebelum sampai di tanah rata, sempat berhenti di gerai tepi jalan dekat Bharat Cafe untuk minum teh tarik fresh dlu, tempat fav kami bila datang ke Cameron ni. Mama dgn kakak je minum tea panas tu, abah dah full katanya.. Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 12.00 tghari, masih awal

Raya 2015

Bismillah.. Alhamdulillah syukur tahun ke-7 beraya sebagai seorang isteri dan menantu, dan tahun ke-6 beraya setelah bergelar seorang IBU. Syukur sangat-sangat. Terkadang rindu juga kenangan beraya zaman budak-budak, beraya dengan Mek, arwah ayah Chik, adik beradik, kenangan beraya di rumah belakang Masjid Tumpat, Hari pertama raya meriah sangat sebab boleh tengok orang ramai berduyun-duyun lalu depan rumah nak pergi solat sunat hari raya di Masjid.  Best sgt.. Sekarang pula anak dah 3 ni, sibuk pula uruskan kelengkapan dan siapkan anak2 di hari raya. Alhadulillah dapat suami yang ringan tulang, rajin tolong mama, mana yang mama tak sempat abah tolong buatkan. Tiap-tiap tahun bila time raya, agenda dan aktiviti tetap sama, kunjung mengunjung dan ziarah sanak saudara. Kami berdua dilahirkan dalam keluarga yang agak besar, mak sedara pun ramai, mak sepupu, tambah2 membesar dengan datuk saudara, memang banyak rumah yang nak kena pergi beraya. Belah abah pun sama, mak sedara, tok sed