Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Kisah kakak dan adik #1

Bismillah.... Hmm, agak lama blog ini tidak di update dengan perkembangan aina (now sudah bergelar kakak), dan  tiada entry tentang baby baru (adik Nur Aimi Farzana). Hari ni mama berkelapangan untuk meng'update' serba sedikit tentang perkembangan mereka berdua... Syukur alhamdulillah, rumah kami makin meriah dengan kehadiran baby Aimi.. Kakak dan adik membesar bagai juara dan saling berkasih sayang.. Tanggal 4 Mei lepas, genap usia adik 100 hari.. Mama mula masuk bekerja pada 25 April 2012 selepas 3 bulan cuti bersalin.. Selasa sebelum tu, adik dibawa ke klinik untuk suntikan 3 bulan, 3 bulan berat adik dah naik 5.6 kg.. Keesokannya, risau juga mama nak tinggalkan adik di nursery sebab baru lepas inject takut demam, tp syukur badan adik xpanas lepas kena inject. Hari pertama di taska, adik meragam juga skit2 susah nak tdo mungkin sebab tak biasa lagi dengan tempat baru. Risau sangat mama, duk dalam pejabat pun hati xtenang duk fikir pasal adik. Esoknya, adik dah kurang m