Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update adik baby, kak ngah dan kakak

Huh panjangnye tittle.. Bergelar ibu muda mengandung anak ke-3 dan menjaga 2 orang anak perempuan cukup mencabar namun sangat membahagiakan. Alhamdulillah walaupun sibuk melayan kerenah kakak dan kak ngah (skang still panggil adik lagi, next nak kena praktis panggil kak ngah dah pulak.. ), adik baby membesar dengan sihat dan normal dalam perut mama ni. Setiap hari perut mama jadi bahan experiment kakak berdua tu, konon xsabar nak tgk adik baby, di sayang di peluk dicium. Alhamdulillah nikmatnye terasa mendapat kasih syg dari anak-anak kecil ni. Masih kecil tapi kadang-kadang berlagak dan gaya macam orang dewasa. cepat sangat mereka belajar dan tiru gaya kita.. Sekarang dah hampir 7 bulan. Last week mama g check-up untuk 6 months macam biasa. Berat baby pun boleh tahan, cemerlang mcm kakak2nya jgk. hampir cecah 900g.. Another 3 months tak mustahil berat baby 3.0 kg ++ nanti time deliver.. Mudah-mudahan selamat semuanya hingga hari bersalin nanti. 25 weeks- tisu-tisu muka dah jel

Kos Hidup

?????? Xde dalam gambar, yuran taska pun naik tau. Awal-awal hantar aina dlu RM250 jer skang naik RM350 seorang anak ya ibu-ibu. Bayangkan kalau ada 4 orang anak. Maunya kos pengasuh sahaja cecah RM1400 sebulan.. Belum masuk kos lain lagi ya, pampers, susu, kain baju..hehe..lumrah la kan. Tapi kena yakin anak-anak tu rezeki ok, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. =) Cerita bab pengasuh, kalau la hutang PTPTN da settle,hutang rumah, hutang kereta, xde hutang lain, gaji licin jer... Nak sangat duduk rumah jaga anak-anak, masak hari-hari, kemas rumah, jadi fulltime housewife.. tapi apakan daya.. Angan-angan tu ada InsyaAllah dengan Izin-Nya semoga jadi kenyataan satu hari nanti. Hidup penuh pengorbanan dan perjuangan.  Sekarang nak daftar anak Tadika 4 tahun pun cecah riban-riban. Tahun depan kakak dah 4 tahun, dah daftar Tadika Islam dekat dengan rumah. Yuran pendaftarannya termasuk baju sekolah etc hampir RM1k juga tapi Alhamdulillah yuran bulanannya RM180 sebulan, hamp

My Inspiration

Assalamualaikum.. Lama tak bercerita pasal anak dara dua orang tu. Masing-masing membesar dengan sihat dan aktif. Alhamdulillah dapat tengok dorang membesar depan mata. Tahun depan kakak dah 4 tahun, adik pula lagi sebulan dah masuk 2 tahun. Tambah pula ahli keluarga baru, berlima pula kami tahun depan, dengan izin-NYA. Masing-masing membesar dengan macam-macam kerenah dan perangai..Time baik amat, sejuk perut mak mengandung, cerdik mengalahkan orang tua.. Time buat perangai, semua benda xkena, pujuk pun xjalan, mula la fikir ikut perangai sape la time kecik2 ni..hehehe..biasala kan budak2.. Kakak sekarang kuat merajuk, sensitive je time moody. lambat skit mula la muncung, nangis... Adik pula lasak kemain, suka sangat lari-lari jatuhkan badan, buat aksi stunt, panjat-panjat, pening kepala kami.. tak boleh marah, tak boleh larang habis mengamuk satu rumah.. Layankan je la, sambil-sambil pantau takut jatuh cedera. Aktif sangat pun pening, tapi kalau dia pasif, diam je lagi la kami

Kabinet Dapur

Bismillah.. Alhamdulillah syukur. Kabinet dapur idaman selamat dan sempurna di pasang pada hari sabtu lepas. Selepas hampir 3 minggu menunggu call dari Mr.Syafiq untuk temujanji pemasangan kabinet tersebut. Hasilnya.............................. Simple sahaja design dan warnanya tapi cukup membuat kami gembira dan puas hati dengan hasil kerja mereka. Dapur kami pun kecil jer, sesuai dengan budget kami yang terhad dan keluarga kami yang masih kecil..hehe.. angan-angan memang nak tambah besar lg, tp kena kumpul duit dulu tambah skit-sikit nanti.. Modal buat semua ni pun mmg kami kumpul dan plan start kami booking rumah ni lagi 3 tahun yang lepas utk buat dapur dan pasang grill. Ikutkan duit tu cukup untuk beli perabut sekali skit2 tapi sebab rumah lambat siap, lambat serah kunci, duit tabungan terpaksa dikorek dan didahulukan untuk bayar rumah dan keperluan lain yang terdesak. Berbalik pada kabinet dapur ni, selepas servey punya servey, kami sepakat untuk memilih kontrakt

Akhirnyaa....

Bismillah... Dengan izin Allah s.w.t, kami sekeluarga telah selamat berpindah ke teratak baru kami pada 27 Oktober 2013  lepas. Alhamdulillah syukur tak terhingga. PerancanganNya, tidak lambat dan tidak pula terlalu cepat.. Walaupun awal-awal dulu mama sedikit terkilan kerana tarik serah kunci asik tertangguh jer. Akhirnya, rumah idaman selamat kami duduki. Urusan pindah memindah mmg sgt memenatkan, tambahan mama berkursus di Pangkor 3 hari sebelum pindah. Balik dari pangkor hari Jumaat, Sabtu pula ada taklimat kerosakan dari Developer (masa taklimat dapat cabutan bertuah Oven besar, happy sgt2..hehe). Ahad start pindah dan angkut barang dengan lori. Minggu sebelumnya 21 Oktober , kontraktor yang kami pilih datang untuk pasang grill dan siap pasang keesokan harinya. Alhamdulillah, walaupun designnya agak simple, tapi kami puas hati dengan kualiti dan hasil kerja mereka. Jumaat 25 Oktober pula, orang Kithen Cabinet datatang untuk sambung table top yang sedia ada. Pasang table top

Kisah mama dan SHAKLEE

Bismillah.. Alkisahnya, sudah 3 tahun lebih mama consume produk SHAKLEE ni. Insan pertama yang perkenalkan mama dengan produk ni ialah umi aniq (kawan baik abah dan mama masa di UiTM Dungun dulu). Time tu mama dalam pantang bersalinkan kakak aina, umi, aniq dan tunang dia Dalila (skang da kawin dan ada anak lelaki comel dah sorang) datang melawat mama ngan kakak aina. Sebab kesiankan mama bersalin ceasar, umi suruh mama amik set berpantang SHAKLEE, untuk cepatkan proses sembuh luka dan tambah tenaga dan darah dlm badan. Mama tergamam jgk time tu, sebab first time kan, umi promote dan siap buka terus botol2 Shaklee tu tunjuk kat mama. Lepas tu terus dia tinggal bagi kat mama n bgtau suruh try dlu, bayar bila2 pun xpe. Set berpantang tu sekali dengan ESP. time tu mmg mama xreti nak minum ESP tu, xtau pun kena shake baru betul2 sebati. Mama kacau dengan susu je minum dgn berketul2 tu. April 2010, time tu info pasal Shaklee ni xbanyak lagi dalam internet, mama pun xpernah lak tergerak h

Aina's Sport Day

21 Sept lepas, hari sabtu, sekolah kakak dan tadika smart soleh Ibu Yati adakan Hari Sukan Tahunan. Mama memang excited sangat tak sabar nak tengok kakak beraksi dengan kawan-kawan. Paling tak sabar tengok kakak buat aerobik dance yang lagu tema hindustan tu " Oh My Darling I LOVE U" tuu... Gempak betol, siap gelek2 xtahan tu..pandai betul kakak menari..laju je tukar step..  Dua sukan lain yang kakak join; picking ball to basket dengan gelung getah, dan perah air guna span masuk dalam botol. Alhamdulillah dah besar anak sulung mama ni, sebelum sampai kat padang tu nak turun dari kereta kakak menangis mengamuk sebab tak mau pakai baju sekolah, abah paksa jugak.. Mujurla da turun kereta tu da tgk kawan-kawan tengok teacher kakak terus cool.. Mama hantar kakak dalam group pun kakak ikut jer. ada kawan kakak sorang tu mama tengok langsung tak nak berenggang dengan mama dia. Lepas hantar tu, mama, abah dengan adik tunggu nak tgk aksi kakak dan kawan-kawan bawah khemah. Aktiv

Oh rumah ! penat kami menanti..

Pertengahan September.. Masih menunggu dan menanti.. berita gembira tak kunjung tiba.. Ya Allah permudahkan dan percepatkanlah urusan rumah kami. Bersabar dan terus bersabar. Semoga kami lebih tabah dan cekal menanti.. Ya Allah permudahkanlah.. Yakini ada hikmah berselindung sebaliknya. kebun nanas betul2 belakang rumah kami..nama pun jalan nenas, hari2 la dapat tengok nenas.. =) besar jugak kolam ni even nama mini pool..kalau betul2 kecik kan lagi jimat tanah lain boleh menanam macam-macam.. membazir pulak tanah yg luas tu dibuat kolam. bukan hari2 pun nak bagi dorang terjun main kolam ni, bahaya lagi ada la.. tgu la ada modal kami pecahkan la kolam ni..  Ruang parking ni pun dah cukup luas nak bagi adik beradik ni main beskal..=) Bila difikir balik, sayang juga nak pindah dari rumah sekarang ni. Banyak kenangan kami, susah senang disini.. Hampir 5 tahun disini, bermula awal kahwin sampai sekarang anak nak masuk 3.. Pejabat pula depan rumah, 2 minit je bawa kere

Third baby is coming...

Bismillah.. Alhamdulillah, syukur,. Kehadiran syawal kami sambut dengan berita gembira. Keluarga kami bakal bertambah lagi tahun depan. Sekali lagi dapat puasa penuh. Mengandung, menyusu tanpa henti sejak bergelar isteri. Hampir 5 tahun. Produktif sungguh mama ni kan =)..tak penat ke? Pengalaman bersalin pun bukannye mudah. Namun alhamdulillah, semangat dan keyakinan terhadap Allah s.w.t. mengatasi segalanya. Kelahiran pertama secara emergency ceaser, sakit di induce lebih 5 jam namun last2 di tolak ke bilik OT untuk dibedah.. Ujian hebat buat kami. Namun Alhamdulillah, sakit bersalin dan luka jahitan cepat hilang. Tempoh sakit dan luka jahitan kering seingat mama 2 minggu sahaja semasa dalam pantang. Kelahiran kedua pula, mama sentiasa berdoa dan yakin dapat bersalin normal dan dipermudah proses kelahirannya. Alhamdulillah doa mama dimakbulkan. Kakak aimi selamat dilahirkan secara normal dan sakit contraction pun tidaklah terlalu lama. Namun mama diuji sekali lagi, sakit selepas

Kitchen Cabinet Idaman

Assalamualaikum semua.. Memandangkan rumah baru kami hampir siap dan menunggu untuk terima kunci dari developer tak lama lagi, kami dah mula survey dan menggoogle maklumat pasal kabinet dapur dan grill rumah. Perkara penting yang perlu kami uruskan sebelum dapat merasa dan berpindah ke rumah baru. Pantang ada masa free, tu je la kerja mama kat pejabat ni, google gambar kabinet yang sesuai dan cari kontraktor yang bagus yang direkemen oleh ramai blogger dan juga di page FB. Setakat ni dekat 10 kontraktor juga yang mama jumpa tapi selepas di tapis dan hasil reviewer dari orang ramai, hanya separuh yang kami hubungi dan minta anggaran sebutharga. Antara design-design kabinet dapur yang menambat hati kami contohnya macam dalam gambar-gambar berikut. Oleh sebab tema rumah kami ala-ala Bali, banyak kayu2, so design kabinet moden macam tak sesuai pula walaupun sebelum ni hasrat hati memang teringin sangat nak buat ala-ala English Style kononnye, tema warna putih.. hehe.. Bali atau tema ka

Isu PTPTN/CCRIS.

Pada dasarnya, hutang apa-apa pun wajib dibayar.. bayangkan orang pinjam dengan kita, lepas tu tak nak bayar balik ? apa rasa kita ? Bagi pendapat saya, sesiapa yang mengambil pinjaman PTPTN, tapi tiada niat untuk bayar balik walaupun berkemampuan, dia sebenarnya telah berlaku zalim. Kenapa? Zalim kerana tidak berlaku adil kepada orang lain yang sama-sama membuat pinjaman PTPTN, tapi orang tu boleh buat bayaran balik bulanan, tapi kita tak nak bayar hanya menggunakan alasan dikenakan cas perkhidmatan 3% / 1%(ujrah). Kalau dah mampu beli kereta, beli rumah sampai dua,tiga biji, tapi nk bayar RM100 sebulan pun payah. Adil tak kepada orang lain yang bayar balik ? Berkenaan cadangan untuk senaraikan nama peminjam PTPTN dalam CCRIS, ada pro dan kontra. Bagus jika peminjam tersebut, 1)Bekerja 2)Telah mempunyai kereta dan rumah, namun tidak pernah membuat bayaran balik PTPTN. Tidak bagus kepada peminjam yang masih lagi dalam proses untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar, atau baru seta

Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan bicara, saya dan keluarga menyusun jari, mohon ampun dan maaf zahir batin buat semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali kami walau dimana saje berada. Juga tidak lupa ucapan Selamat hari Raya Aidil Fitri. Semoga hubungan persaudaraan dan ukhwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Alhamdulillah, raya tahun ni disambut dengan penuh sederhana, tiada tema pakaian sedondon. Tapi untuk anak-anak belum habis lagi pakai pakaian raya. macam terlebih shopping pula sebab kumpul awal sebelum ramadan lagi dah start beli sikit-sikit time ada sale murah-murah.. =) Malam raya last puasa keluarga mertua sponsor kami dan adik beradik yang lain berbuka puasa di Restoran Chiangmai di Kota Bharu. Raya pertama awalnya plan untuk beraya di rumah mek, tapi di cancel saat akhir sebab iftar bersama keluarga mertua ni. Terpaksa la mengalah lagi.. Nasib baik kami rumah keluarga kami jaraknye xjauh dan tidak di kawasan yang laluannya sesak teruk.

No More Menu !

10 hari terakhir ramadhan. Mood memasak sudah tercampak ke sungai.. Bermula semalam, langsung tiada idea dan selera untuk makan masakan sendiri. Cabaran memasak untuk berbuka selama 20 hari sudah berjaya. Another 10 days menghitung hari untuk berbuka di kampung halaman pula. Tak sabar nak balik kampung berbuka dengan keluarga ramai-ramai.  Last memasak hari sabtu 27 Julai 2013. Menu special Nasi bariani arab sebab nak jamu adik-adik dan kakak di rumah berbuka sama-sama.  Menu simple, nasi je special..hehe.. Alhamdulilah rasa nasi enak sekali. Next time boleh buat lagi. Berbaki lagi 2-3 hari ni rasa nak beli kat gerai depan pejabat ni je, lauk berkuah. Sampai rumah buat menu goreng2 dengan sayur je. Sahur pula goreng nasi atau buat sardin saje. Lidah pula macam dah xboleh masuk makanan bersantan, lemak-lemak. Teringin nak yang masam-masam, sup, tomyam jer.. ;( Sempena 10 malam terakhir juga, semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik da

Tips berpuasa

Bismillah.. Sedikit tips yang ingin dikongsi buat sesiapa yang berminat untuk kekal cergas dan dapat mengurangkan rasa lapar di bulan Ramadhan ini. Pertama sekali wajib bangun sahur sekurang-kurangkan dengan mengambil kurma dan air suam. InsyaAllah tak rasa lapar di siang hari nanti. Kedua, waktu berbuka ambil kurma sebiji dan minum air kosong segelas. Selepas tu baru makan nasi/kueh dalam kuantiti sederhana. Jangan makan banyak nanti badan rasa lemau dan cepat mengantuk. Ketiga cuba elakkan tidur selepas sahur. Buatlah kerja-kerja ringan seperti sidai kain, lipat baju, basuh pinggan mangkuk. InsyaAllah badan akan kekal bertenaga dan tidak lesu di pejabat. Keempat, ubah mindset kita. Jangan terlalu fikir dan layan perasaan lapar dan letih tersebut. Cuba cari aktiviti yang boleh melenyapkan perasaan tersebut dari singgah di fikiran kita contohnya baca tafsir quran, dengar tazkirah atau keluar shopping cari baju raya...hihi Kelima, tingkatkan ibadah dan kurangkan juadah. Kurangkan lauk-p

Ramadhan Terindah

Ramadhan terindah !!  Ramadhan kali ini tahun pertama puasa sejak 4 tahun yang lepas tanpa mengambil sebarang supplimen. Sebelum ni 3 tahun berturut menjelang puasa saya akan pastikan stok suppliment wajib ada untuk energy booster. Alhamdulillah kali ni cuba untuk tidak terlalu bergantung pada suppliment dan membuat ujikaji pada badan sendiri tahap ketahanan fizikal tanpa sebarang bantuan tambahan. Cuba mengubah mindset dan kekal sihat dengan berpuasa dan mengamalkan makanan sunnah. Alhamdulilah setakat hari ini 14 hari berpuasa, kesan masih positif. Mampu menyiapkan makanan berbuka, menguruskan anak-anak, tidak tidur selepas sahur, dan buat kerja tambahan di malam hari dengan menyiapkan makanan kepada pelajar2 kolej untuk bersahur. Alhamdulillah syukur ya Allah, walaupun pada awal puasa badan sedikit lemah kerana batuk dan selsema, tapi masih gagah berdiri, bekerja dan memasak untuk keluarga.   Namun ada juga bezanya walaupun masih mampu uruskan semua benda. Paling ketara sekali